Terkini
Adakah Dr Zaliha mampu hadapi pelobi DAP tuntut pilihan raya PBT?
“Adakah Dr Zaliha mampu hadapi pelobi DAP untuk adakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT)?” demikian pertanyaan Gerakan Pengundi Sedar susulan cadangan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai menuntut pilihan raya PBT dikembalikan semula di bandar raya Kuala Lumpur.

- Pertanyaan itu dibangkitkan susulan Gerakan Pengundi Sedar melihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha MustafaMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan telah gagal dalam isu vape.
- Mereka juga menyifatkan Dr Zaliha telah tunduk kepada tekanan pelobi rokok untuk membatalkan generasi penamat (GEG) ketika menjadi Menteri Kesihatan.
- “Sebaik sahaja Dr Zaliha dipindahkan ke kementerian ini, DAP terus menyuarakan semula hasrat untuk laksanakan pilihan raya PBT. Baru semalam (18 Disember 2023) Dr Zaliha kata, bukan tumpuan dalam masa terdekat sebab ada isu lebih penting daripada pilihan raya PBT.
- “Alih-alih hari ini (19 Disember) Dr Zaliha kata, akan bincang dengan pihak KPKT (Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan) yang menterinya, Nga Kor Ming, orang kuat DAP juga,” katanya menerusi hantaran di Facebook (FB) pada 19 Disember lalu.
- Gerakan Pengundi Sedar berkata DAP semestinya akan terus melobi hinggalah pilihan raya PBT diadakan semula.
- Pada 17 Disember lalu, DAP menggesa Kerajaan Madani mengadakan semula pilihan raya PBT di peringkat bandar raya Kuala Lumpur susulan rombakan Kabinet baru-baru ini, yang menyaksikan pelantikan menteri bagi portfolio khusus untuk Wilayah Persekutuan.
KUALA LUMPUR — “Adakah Dr Zaliha mampu hadapi pelobi DAP untuk adakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT)?” demikian pertanyaan Gerakan Pengundi Sedar susulan cadangan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai menuntut pilihan raya PBT dikembalikan semula di bandar raya Kuala Lumpur.
Ini berikutan Gerakan Pengundi Sedar melihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan telah gagal dalam isu vape.
Mereka juga menyifatkan Dr Zaliha telah tunduk kepada tekanan pelobi rokok untuk membatalkan generasi penamat (GEG) ketika menjadi Menteri Kesihatan.
“Dalam isu vape, dua kegagalan terbesar Dr Zaliha ialah mengeluarkan cecair nikotin daripada Akta Racun dan keluarkan GEG daripada Akta Kawalan Produk Tembakau. Apabila akta sudah diluluskan di Dewan Rakyat, Dr Zaliha ditukar ke Kementerian Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) semasa rombakan kabinet.
“Sebaik sahaja Dr Zaliha dipindahkan ke kementerian ini, DAP terus menyuarakan semula hasrat untuk laksanakan pilihan raya PBT. Baru semalam (18 Disember 2023) Dr Zaliha kata, bukan tumpuan dalam masa terdekat sebab ada isu lebih penting daripada pilihan raya PBT.
“Alih-alih hari ini (19 Disember) Dr Zaliha kata, akan bincang dengan pihak KPKT (Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan) yang menterinya, Nga Kor Ming, orang kuat DAP juga,” katanya menerusi hantaran di Facebook (FB) pada 19 Disember lalu.

Foto : Poster dimuat naik Gerakan Pengundi Sedar di FB.
Gerakan Pengundi Sedar berkata DAP sememangnya konsisten dalam perkara itu sehinggakan pilihan raya tersebut menjadi salah satu daripada intipati deklarasi Konvensyen DAP Kuala Lumpur 2019.
Katanya, DAP semestinya akan terus melobi hinggalah pilihan raya PBT diadakan semula.
Pada 17 Disember lalu, DAP menggesa Kerajaan Madani mengadakan semula pilihan raya PBT di peringkat bandar raya Kuala Lumpur susulan rombakan Kabinet baru-baru ini, yang menyaksikan pelantikan menteri bagi portfolio khusus untuk Wilayah Persekutuan.
Kok Wai dilaporkan berkata cadangan itu bertujuan untuk memperkukuhkan demokrasi di Wilayah Persekutuan.
Bagaimanapun, cadangan itu mendapat tentangan rakan parti komponen Kerajaan Perpaduan iaitu beberapa ahli UMNO antaranya Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Noor Lokman Adam, Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan MKT UMNO, Ahmad Maslan selain pakatan pembangkang. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Gerakan Pengundi Sedar
