Connect with us

Kolumnis

Ada apa di sebalik polemik 25 Disember?

MAJORITI penganut Kristian pastinya tidak boleh membayangkan perayaan Krismas yang diraikan setiap tahun disambut selain 25 Disember.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Research And Development MRM

Published

on

Ada apa di sebalik polemik 25 Disember?
Foto: Gambar sekadar hiasan.

MAJORITI penganut Kristian pastinya tidak boleh membayangkan perayaan Krismas yang diraikan setiap tahun disambut selain 25 Disember.

Menariknya, pada tiga abad pertama selepas kewujudan agama Kristian, hari kelahiran Jesus Christ ini tidak pernah disambut sama sekali.  

Ensiklopedia Katolik turut mengatakan perayaan Krismas bukanlah antara perayaan terawal disambut Gereja. 

Ini kerana ianya tidak pernah dinyatakan secara spesifik dalam Bible, malah tiada juga sebarang penulisan berkaitan Krismas disebut tokoh Kristian awal seperti Irenaeus (130M-200M) atau Tertullian (160M-225M). 

Bahkan, tokoh Origen Alexandria juga pernah mempertikai perayaan tahun kelahiran disambut masyarakat Rom ketika itu dan menganggap ianya sebagai amalan pagan.   

Foto: Hari kelahiran Jesus.

Maka bagaimana perayaan hari kelahiran Jesus Christ ini boleh muncul pada 25 Disember? 

Menurut sejarawan Kristian yang juga seorang paderi, Andrew McGowan dalam penulisannya How December 25 Became Christmas, terdapat dua teori asal usul tarikh kelahiran Jesus Christ dan perayaan Krismas. 

Teori pertama dikatakan berdasarkan teori kiraan di mana tarikh kelahiran Jesus mungkin berkait dengan tarikh kematiannya.  

Penganut awal Kristian percaya bahawa hari penyaliban Jesus terjadi pada 25 Mac iaitu tarikh yang sama harinya dikandung. 

Maka mereka membuat kiraan dengan menambahkan sembilan bulan kemudian dari tarikh itu dan menganggarkan 25 Disember adalah tarikh kelahiran Jesus.

Namun teori asal usul paling popular yang disandarkan kepada perayaan Krismas ialah perayaan ini berakar daripada perayaan kepercayaan pagan.     

Mengutip ulasan tokoh Kristian Amerika Syarikat, David C. Pack dalam bukunya The True Origin of Christmas yang bermaksud:

“Krismas bukanlah satu perayaan bagi gereja pada agama Kristian. Perayaan pagan sekitar bulan Januari mempengaruhi Krismas. 

“Hampir kesemua aspek Krismas berakar dari kepercayaan Roman. Perayaan Krismas ditanda sebagai 25 Disember datang dari abad kedua selepas kelahiran Jesus. 

“Dijangka perayaan pertama Krismas adalah hasil pengaruh perayaan Roman Saturnalia dari paganisme”.

Foto: Saturnalia.

Terdahulu, Saturnalia merupakan perayaan menuai yang disambut meriah masyarakat Rom beragama pagan semasa musim solstis musim sejuk bagi meraikan dewa pertanian ‘Saturnus’. 

Malah, Graydon F. Synder dalam bukunya Archaeological Evidence of Church Life before Constantine mengatakan masyarakat Rom merupakan masyarakat beragama pagan yang menyembah dewa-dewi pelbagai. 

Foto: Natalis Solis Invicti.

Selain Saturnalia, Antoninus Pius, seorang raja Rom yang juga penyembah matahari pula mengangkat Dewa Sol Invictus sebagai Dewa Matahari. 

Dan mereka menyambut perayaan hari kelahiran dewa Sol Invictus yang juga pada 25 Disember. Perayaan ini dinamakan sebagai Natalis Solis Invicti

Selain itu, terdapat juga pandangan mengatakan ia adalah perayaan menyambut kelahiran dewa Mithra yang disembah sebuah kultus di Rom. Dikatakan dewa Mithra juga lahir pada tarikh sama.

Namun selepas beberapa abad setelah itu, Maharaja Rom Constantine I memeluk Kristian pada tahun 312, para pemimpin gereja mencari jalan untuk mengkristiankan seluruh warga empayar itu daripada kepercayaan pagan.

Caranya adalah mereka menggantikan perayaan kelahiran dewa pagan dengan perayaan hari kelahiraSn Jesus supaya mudah diterima awam. Hasil daripada pengaruh inilah terjadinya perayaan Krismas pada 25 Disember. 

Menjelang tahun 529M selepas Kristian menjadi agama rasmi Kerajaan Empayar Rom, Raja Justinian I telah mengisytiharkan Krismas sebagai perayaan rasmi bagi negara pemerintahan mereka. 

Sejak itu, tradisi Krismas diteruskan sehinggalah ke hari ini. Namun, isu sambutan Krismas ini masih lagi menjadi perbincangan hangat di kalangan ilmuan Kristian sendiri.

Seperti yang diperkatakan oleh sejarawan Kenneth C. Davis, “Krismas benar-benar membawa keluar roh pagan anda”. Katanya lagi, Krismas disambut seawal abad keempat itu langsung tiada sebarang kaitan dengan Jesus Christ.  

Menariknya pada abad ke-17, golongan Kristian Puritan di Massachussets pernah menolak untuk meraikan Krismas. Mereka bertegas bahawa tiada sebarang hujah membenarkan sambutan Krismas, malah tiada ayat menyebut musim atau hari yang menandakan hari kelahiran Jesus Christ.  

Sehingga ke hari ini, polemik di sebalik 25 Disember masih berlanjutan. Ada yang menyambut Krismas pada tarikh lain mengikut tempat dan denominasi Kristian masing-masing. 

Sebagai contoh Kristian Armenia mereka sambut Kristian pada 6 Januari, manakala Kristian Ortodoks dan Koptik, mereka meraikan pada 7 Januari. 

Manakala yang lain-lainnya secara umumnya mereka akan mengikut denominasi Roman Katolik yang merayakan pada 25 Disember. 

Ada juga denominasi yang langsung tidak menyambut Krismas seperti  Jehovah’s  Witnesses, Seventh Day Adventist Church dan United Church of God. Beranggapan bahawa perayaan Krismas bukanlah tradisi yang diamalkan Jesus.

Setelah meneliti beberapa sisi sejarah, perayaan Krismas hakikatnya adalah perayaan agama yang memiliki latar belakang dengan pelbagai kepercayaan. Oleh sebab itu, umat Islam dilarang menyertai dan meraikan sambutan perayaan lain apatah lagi ia jelas berakar daripada unsur dan kepercayaan agama tersebut. 

Sabda Nabi Muhammad SAW dalam hadisnya: 

Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka (Riwayat Abu Dawud, Hadith 4031). – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *