Connect with us

Antarabangsa

96 peratus rakyat Arab Saudi mahu negara Arab putuskan hubungan dengan Israel

96 peratus rakyat Arab Saudi berpendapat negara-negara Arab perlu memutuskan segera hubungan diplomatik, politik dan ekonomi serta sebarang hubungan lain dengan negara haram Israel, demikian tinjauan The Washington Institute.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

96 peratus rakyat Arab Saudi mahu negara Arab putuskan hubungan dengan Israel
Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri).
  • 96 peratus rakyat Arab Saudi berpendapat negara-negara Arab perlu memutuskan segera hubungan diplomatik, politik dan ekonomi serta sebarang hubungan lain dengan negara haram Israel, demikian tinjauan The Washington Institute.
  • Tinjauan pendapat itu yang dijalankan ekoran keganasan dilakukan rejim zionis terhadap warga Palestin di Gaza, membabitkan 1,000 responden rakyat Arab Saudi.
  • Tinjauan itu juga mendapati 91 peratus daripada responden percaya perang di Gaza ketika ini merupakan kemenangan buat rakyat Palestin, dunia Arab dan umat Islam meskipun berhadapan dengan kemusnahan dan kehilangan nyawa.

96 peratus rakyat Arab Saudi berpendapat negara-negara Arab perlu memutuskan segera hubungan diplomatik, politik dan ekonomi serta sebarang hubungan lain dengan negara haram Israel, demikian tinjauan The Washington Institute.

Tinjauan pendapat itu yang dijalankan ekoran keganasan dilakukan rejim zionis terhadap warga Palestin di Gaza, membabitkan 1,000 responden rakyat Arab Saudi.

Tinjauan itu juga mendapati 91 peratus daripada responden percaya perang di Gaza ketika ini merupakan kemenangan buat rakyat Palestin, dunia Arab dan umat Islam meskipun berhadapan dengan kemusnahan dan kehilangan nyawa.

Walaupun Hamas kurang popular dalam kalangan majoriti rakyat Arab Saudi berbanding sokongan di Lubnan, Jordan dan Mesir, hanya 16 peratus rakyat Arab Saudi berpendapat Hamas sepatutnya berhenti menuntut kemusnahan Israel dan menerima penyelesaian dua negara berdasarkan sempadan 1967, lapor Jordan News.

95 peratus pula percaya sayap kanan kumpulan pejuang Hamas iaitu Briged Al Qassam tidak berniat membunuh penduduk awam di Israel pada serangan 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *