Connect with us

Terkini

(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan tindakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang kelihatan sangat beremosi ketika dituntut penjelasan berhubung isu kekurangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Dewan Rakyat pada Isnin lalu.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong (kiri) & Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (kanan).
  • Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan tindakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang kelihatan sangat beremosi ketika dituntut penjelasan berhubung isu kekurangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Dewan Rakyat pada Isnin lalu.
  • Ka Siong yang juga Presiden MCA itu berkata, beliau terkejut dengan reaksi Fadhlina yang kelihatan penuh dengan emosi sehinggakan Menteri Pendidikan itu menepuk rehalnya ketika sesi soal jawab.
  • “Ramai bertanya dengan saya, kenapa YB Menteri Pendidikan marah sangat dengan saya? Aksi beliau di Dewan Rakyat yang penuh dengan emosi petang tadi (27 Nov) turut mengejutkan saya,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
  • Menerusi hantaran berbeza di Facebook, Ka Siong turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menasihati Fadhlina ketika diajukan pertanyaan oleh Anwar mengapa menteri wanita terbabit memarahi beliau.

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan tindakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang kelihatan sangat beremosi ketika dituntut penjelasan berhubung isu kekurangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Dewan Rakyat pada Isnin lalu.

Ka Siong yang juga Presiden MCA itu berkata, beliau terkejut dengan reaksi Fadhlina yang kelihatan penuh dengan emosi sehinggakan Menteri Pendidikan itu menepuk rehalnya ketika sesi soal jawab.

Katanya, beliau hanya meminta menteri terbabit untuk memberi penjelasan berhubung masalah kekurangan guru di SJKC.

“Ramai bertanya dengan saya, kenapa YB Menteri Pendidikan marah sangat dengan saya? Aksi beliau di Dewan Rakyat yang penuh dengan emosi petang tadi (27 Nov) turut mengejutkan saya. 

“Geram sangat nampaknya sampai Menteri Pendidikan menepuk rehalnya. Sabar Menteri, bukankah sabar itu sebahagian daripada iman?” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Menurut Ka Siong, Fadhlina sebelum ini ketika menjawab pertanyaan Yang Berhormat Raub pada dua minggu lalu mengatakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan melatih guru opsyen bahasa Cina di SJKC dari tahun 2024 sehingga 2029 kerana tiada keperluan.

Jawapan itu membuatkan Ka Siong membangkitkan persoalan, sekiranya sepanjang tempoh enam tahun KPM tidak melatih guru untuk SJKC, maka apa kesan daripada tindakan itu.

“Kemudian pada minggu lalu, Timbalan Menteri Pendidikan pula memberitahu Dewan Rakyat bahawa terdapat 1,354 perjawatan yang belum diisi untuk SJKC. 

“Maka, terdapat percanggahan maklumat di antara Menteri dan Timbalan Menteri. 

“Saya cuma minta pengesahan Menteri dan minta perjelaskan apakah pendirian terbaru mengenai pengambilan guru di SJKC untuk tempoh 6 tahun datang? Bukankah ini melibatkan kepentingan awam?” katanya.

Beliau berkata sekiranya perkara itu tidak disuarakan di Dewan Rakyat, maka beliau sebagai Ahli Parlimen telah gagal untuk menggalas tanggungjawab diberikan kepadanya.

Ini kerana perkara itu berkemungkinan akan menyebabkan ratusan ribu murid pada tahun mendatang terkesan dengannya, justeru beliau mengharapkan setiap menteri dapat menjawab pertanyaan dikemukakan secara profesional dan memberi jawapan jitu demi kepentingan rakyat.

Foto : Tangkap Layar hantaran Datuk Seri Wee Ka Siong di Facebook

Menerusi hantaran berbeza di Facebook, Ka Siong turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menasihati Fadhlina ketika diajukan pertanyaan oleh Anwar mengapa menteri wanita terbabit memarahi beliau.

“Terima kasih PMX kerana peka dan maklum dengan apa yang berlaku semalam. Mudah-mudahan kejadian sama tidak berulang di masa akan datang. 

“Walau penat atau tekanan sekalipun, kita perlu mengawalnya, lebih-lebih lagi sebagai seorang menteri. Emosi tidak dapat menyelesaikan masalah,” katanya.

Fadhlina pada Isnin lalu kelihatan beremosi ketika berterusan dihujani persoalan daripada Ka Siong yang berusaha mencelah ketika sesi menjawab soalan di Dewan Rakyat dan beliau berulang kali juga menepuk rehal.

Enggan memberi laluan kepada Ka Siong, Fadhlina menegaskan beliau perlu menoktahkan persoalan kerana tidak mahu wujud lagi polemik berkaitan guru dibangkitkan dan beliau memberi jaminan isu terbabit akan diselesaikan sepenuhnya.

“Yang Berhormat memang tanya dengan elok tapi Yang Berhormat juga menaikkan suara ketika bertanya sebentar tadi. Jadi, bagi saya ruang untuk saya jelaskan dan yakinkan Yang Berhormat… bahawa saya perlu selesaikan soalan Yang Berhormat ini dengan jaminan daripada kami melihat keseluruhan itu.

“Jadi jangan bimbang tentang isu sekolah Cina dan sebagainya sebab saya ambil tanggungjawab penuh untuk selesaikan isu itu secara keseluruhan,” kata Fadhlina. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Wee Ka Siong, Youtube Parlimen Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
  • Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 
  • Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
  • Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 

Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.

Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.

Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.

Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending