Connect with us

Terkini

Salur bantuan secara telus kepada Gaza, bukan melalui Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat – GSPP

Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) menuntut Kerajaan Malaysia untuk menyampaikan sumbangan secara telus kepada rakyat Palestin di Gaza dan bukannya melalui Pihak Berkuasa Palestin (PA) di bawah Fatah.

Avatar

Published

on

Salur bantuan secara telus kepada Gaza, bukan melalui Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat – GSPP
Foto: Pengarah Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Muhammad Fauzi Asmuni (kanan) dan Presiden Palestin dan Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas (kiri).
  • Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) menuntut Kerajaan Malaysia untuk menyampaikan sumbangan secara telus kepada rakyat Palestin di Gaza dan bukannya melalui Pihak Berkuasa Palestin (PA) di bawah Fatah.
  • Pengarahnya, Muhammad Fauzi Asmuni berkata ini kerana kumpulan itu mempunyai persepakatan dengan negara haram Israel.
  • Beliau berkata sekiranya bantuan dihulurkan kepada Fatah, terdapat kemungkinan besar ia tidak  sampai kepada rakyat Gaza dengan baik selain pemerintahan PA juga berpusat di Tebing Barat yang juga wilayah berasingan di Palestin.
  • “Mahmoud Abbas sendiri ada berkata, beliau bersedia untuk mentadbir Gaza setelah Hamas dikalahkan. Kenyataan beliau itu secara tidak langsung membuktikan yang Fatah sebenarnya tidak boleh diharap dalam isu ini,” katanya pada sidang media GSPP di Anjung Melayu, Bukit Petaling di sini, semalam.

KUALA LUMPUR – Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) menuntut Kerajaan Malaysia untuk menyampaikan sumbangan secara telus kepada rakyat Palestin di Gaza dan bukannya melalui Pihak Berkuasa Palestin (PA) di bawah Fatah.

Pengarahnya, Muhammad Fauzi Asmuni berkata ini kerana kumpulan itu mempunyai persepakatan dengan negara haram Israel.

Beliau berkata sekiranya bantuan dihulurkan kepada Fatah, terdapat kemungkinan besar ia tidak  sampai kepada rakyat Gaza dengan baik selain pemerintahan PA juga berpusat di Tebing Barat yang juga wilayah berasingan di Palestin.

“Mahmoud Abbas sendiri ada berkata, beliau bersedia untuk mentadbir Gaza setelah Hamas dikalahkan.

“Kenyataan beliau itu secara tidak langsung membuktikan yang Fatah sebenarnya tidak boleh diharap dalam isu ini,” katanya pada sidang media GSPP di Anjung Melayu, Bukit Petaling di sini, semalam.

Muhammad Fauzi berkata kerajaan perlu bekerjasama dengan pihak yang didukung rakyat Palestin seperti Hamas dan beberapa pihak lain.

“Rata-rata rakyat Gaza merupakan pendukung Hamas, manakala Pihak Berkuasa Palestin di bawah bawah Fatah,” katanya.

Gabungan itu terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) seperti Aman Palestin, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)  serta 48 pertubuhan lain. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Australia haramkan jual vape luar farmasi

Australia menjadi negara pertama mengharamkan penjualan vape di luar farmasi dengan undang-undang baharu berkuat kuasa semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Australia menjadi negara pertama mengharamkan penjualan vape di luar farmasi dengan undang-undang baharu berkuat kuasa semalam.
  • Pembuatan domestik, pembekalan, pemilikan komersial dan pengiklanan vape pakai buang dan vape bukan terapeutik dilarang di bawah langkah pembaharuan itu, bermaksud vape hanya boleh didapatkan di farmasi.
  • Kepekatan nikotin dan jumlah pengeluaran akan dikawal ketat, dibungkus dengan pembungkusan biasa dan perisanya dihadkan kepada tembakau, mentol dan pudina.
  • Orang dewasa perlu mendapatkan preskripsi daripada doktor untuk membeli vape terapeutik tetapi hanya sehingga Oktober, selepas itu hanya kanak-kanak memerlukan preskripsi.
  • Hukumannya berat bagi individu yang menjual vape bukan terapeutik adalah kemungkinan berdepan sehingga tujuh tahun penjara dan denda $2.2 juta, manakala syarikat boleh dikenakan denda sehingga $21.91 juta untuk setiap kesalahan.

Australia menjadi negara pertama mengharamkan penjualan vape di luar farmasi dengan undang-undang baharu berkuat kuasa semalam.

Pembuatan domestik, pembekalan, pemilikan komersial dan pengiklanan vape pakai buang dan vape bukan terapeutik dilarang di bawah langkah pembaharuan itu, bermaksud vape hanya boleh didapatkan di farmasi.

Kepekatan nikotin dan jumlah pengeluaran akan dikawal ketat, dibungkus dengan pembungkusan biasa dan perisanya dihadkan kepada tembakau, mentol dan pudina.

Orang dewasa perlu mendapatkan preskripsi daripada doktor untuk membeli vape terapeutik tetapi hanya sehingga Oktober, selepas itu hanya kanak-kanak memerlukan preskripsi.

Pembaharuan terbaharu ini dilakukan selepas undang-undang pada Mac melarang pengimportan vape kecuali pengimport dengan lesen dan permit.

“Itu hanya fasa pertama dalam rancangan kerajaan.

“Kita memerlukan larangan penjualan runcit ini untuk memastikan undang-undang ini benar-benar berkesan dan untuk membolehkan penguatkuasaan,” kata Pakar kawalan tembakau di Universiti Sydney, Prof Becky Freeman kepada Guardian Australia.

Menurut undang-undang baharu itu, penguatkuasaan akan menyasarkan individu dan perniagaan yang menjual vape, bukan penggunanya.

Hukumannya berat bagi individu yang menjual vape bukan terapeutik adalah kemungkinan berdepan sehingga tujuh tahun penjara dan denda $2.2 juta, manakala syarikat boleh dikenakan denda sehingga $21.91 juta untuk setiap kesalahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending