Terkini
(VIDEO) Rakyat Palestin ‘tunggu’ dibunuh, tiada pasukan pengaman jadi pelindung – Tun Mahathir
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menyifatkan beliau sudah hilang kepercayaan kepada nilai kemanusiaan apabila seluruh dunia tidak berbuat apa-apa menyaksikan kezaliman rejim pengganas Israel terhadap rakyat Palestin yang dibunuh termasuk kanak-kanak.
- Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menyifatkan beliau sudah hilang kepercayaan kepada nilai kemanusiaan apabila seluruh dunia tidak berbuat apa-apa menyaksikan kezaliman rejim pengganas Israel terhadap rakyat Palestin yang dibunuh termasuk kanak-kanak.
- “Di Bosnia, kita minta United Nation benar kita ada peacekeepers tetapi di Palestin tiada peacekeepers tiada orang yang nak lindung orang Palestin. Mereka terdedah kepada pembunuhan, mereka menunggu dibunuh,” katanya menerusi episod terbaharu podcast Keluar Sekejap yang dihoskan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan pada Isnin.
- Tun Mahathir juga mengharapkan pemimpin Islam dapat bertindak seperti dulu yang apabila konflik berlaku mereka menyekat bekalan minyak dan mewujudkan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC).
KUALA LUMPUR — Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menyifatkan beliau sudah hilang kepercayaan kepada nilai kemanusiaan apabila seluruh dunia tidak berbuat apa-apa menyaksikan kezaliman rejim pengganas Israel terhadap rakyat Palestin yang dibunuh termasuk kanak-kanak.
Dr Mahathir berkata tiada kelompok yang dapat melindungi rakyat Palestin yang ‘menunggu’ untuk dibunuh ketika ini susulan tiada pasukan pengamanan di negara itu.
Situasi itu dilihat berbeza dengan Bosnia yang sebelum ini turut berdepan penghapusan etnik namun mendapat pertolongan pasukan pengaman dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation).
“Di Bosnia, kita minta United Nation benar kita ada peacekeepers tetapi di Palestin tiada peacekeepers tiada orang yang nak lindung orang Palestin. Mereka terdedah kepada pembunuhan, mereka menunggu dibunuh.
“…I have lost faith in humanity. Humanity kata kita konon bertamadun, civilized. Civilized apa orang kena bunuh kita tengok? Oh tak! pasal Israel punya security, kalau dia (Israel) kononnya hilang 1,400, dia bunuh 10,000 orang (Palestin).
“Tembak orang mati, rumah runtuh, penuh kanak-kanak terlekat di bawah runtuhan, apa jenis manusia ini yang sanggup berbuat demikian? Apa jenis tamadun dunia yang boleh melihat benda ini berlaku tetapi tidak berbuat apa-apa kerana takut kepada Amerika?” katanya menerusi episod terbaharu podcast Keluar Sekejap yang dihoskan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan pada Isnin.
Tun Mahathir juga mengharapkan pemimpin Islam dapat bertindak seperti satu ketika dahulu yang apabila konflik berlaku mereka menyekat bekalan minyak dan mewujudkan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC).
“I would tell them (OIC) to support Hamas, to support the Palestinians and to take action to stop Israel from killing people. Mass murder, massacre (pembunuhan beramai-ramai).
“Ini bukan satu benda yang dihalalkan. Dia satu jenayah yang cukup besar! Dan tiada keputusan lain yang boleh diterima daripada OIC ini selain daripada mengutuk Israel dan mencari jalan untuk hentikan proses genosid yang dilakukan,” katanya.
Negarawan itu turut berkata kebenaran tentang apa dikatakan beliau sekitar tahun 2003 berhubung bangsa Yahudi menguasai dunia cara proksi terbukti dengan pembunuhan lebih 10,000 rakyat Palestin namun seluruh dunia berdiam diri tentangnya.
“Kenapa tak buat apa? Kerana orang Yahudi menguasai Amerika Syarikat apabila Amerika Syarikat sokong tindakan Israel ini (bunuh rakyat Palestin) bermakna Amerika menurut kehendak Israel sebab itu saya kata Israel orang Yahudi menguasai Amerika Syarikat.
“Saya tak boleh fikir orang Amerika sanggup lihat pembunuhan beramai-ramai berlaku dan tidak peduli sebaliknya sokong Israel. Itu menunjukkan Israel kuasai dunia secara proxy yang (kita) nampak (hari ini) Amerika,” kata Tun Mahathir. — The Merdeka Times
Sumber : Youtube Keluar Sekejap