Connect with us

Antarabangsa

Pelampau Hindu serang 30 penganut Kristian, lima dikejarkan ke hospital

Lima penganut Kristian di negeri Chhattisgarh, India baru-baru ini dikejarkan ke hospital disebabkan kecederaan yang diterima akibat serangan nasionalis Hindu radikal.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pelampau Hindu serang 30 penganut Kristian, lima dikejarkan ke hospital
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lima penganut Kristian di negeri Chhattisgarh, India baru-baru ini dikejarkan ke hospital disebabkan kecederaan yang diterima akibat serangan nasionalis Hindu radikal. 
  • Sumber tempatan berkata serangan itu cubaan untuk ‘menukar’ penganut Kristian kepada kepercayaan Hindu yang didakwa sebagai agama asal mereka. 
  • Tiga puluh warga Kristian telah dipanggil ke pusat kampung dan diminta untuk meninggalkan kepercayaan Kristian yang baru mereka anuti.
  • Menolak saranan tersebut, nasionalis Hindu mula menyerang dan memukul mereka dengan batang pemukul serta batang kayu.
  • Ambulans dipanggil dan orang ramai pada mulanya enggan membenarkan ia masuk, lima mangsa dibawa ke hospital serta yang lain akhirnya dihalau.
  • Chhattisgarh salah satu daripada 11 negeri di India menguatkuasakan undang-undang anti-penukaran agama dan negeri itu menduduki tempat kedua dalam bilangan insiden melibatkan serangan terhadap masyarakat Kristian.

Lima penganut Kristian di negeri Chhattisgarh, India baru-baru ini dikejarkan ke hospital disebabkan kecederaan yang diterima akibat serangan nasionalis Hindu radikal. 

Sumber tempatan berkata serangan itu cubaan untuk ‘menukar’ penganut Kristian kepada kepercayaan Hindu yang didakwa sebagai agama asal mereka. 

Tiga puluh warga Kristian telah dipanggil ke pusat kampung dan diminta untuk meninggalkan kepercayaan Kristian yang baru mereka anuti.

Apabila mereka menolak saranan itu, nasionalis Hindu mula menyerang dan memukul mereka dengan batang pemukul serta batang kayu.

Ambulans dipanggil dan orang ramai pada mulanya enggan membenarkan ia masuk, lima mangsa dibawa ke hospital serta yang lain akhirnya dihalau.

Seorang pemimpin Kristian komuniti itu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata; “Serangan terhadap orang Kristian telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

“(Ini) kerana negeri itu akan mengadakan pilihan raya wilayah tidak lama lagi. Sungguh menyedihkan orang Kristian perlu mengalami keganasan atas nama agama semata-mata kerana ahli politik ingin mendapatkan kuasa,” kata pemimpin komuniti Kristian itu dipetik persecution.org  

Chhattisgarh salah satu daripada 11 negeri di India menguatkuasakan undang-undang anti-penukaran agama dan negeri itu menduduki tempat kedua dalam bilangan insiden melibatkan serangan terhadap masyarakat Kristian.

Sumber: Persecution.org

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *