Connect with us

Terkini

MHO persoal kes penipuan babit syarikat pengendali umrah diklasifikasi ROA

Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang mengklasifikasi siasatan terhadap syarikat pengendali umrah ternama sebagai Rujuk Kepada Agensi Lain atau ‘Refer to Other Agency’ (ROA) walaupun ratusan mangsa mendakwa ditipu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim.
  • Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), mempersoalkan tindakan pihak berkuasa mengklasifikasi siasatan terhadap syarikat pengendali umrah ternama sebagai Rujuk Kepada Agensi Lain atau ‘Refer to Other Agency’ (ROA) walaupun ratusan mangsa mendakwa ditipu.
  • Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, seramai 123 mangsa yang kerugian RM1.3 juta meluahkan kekecewaan apabila kes mereka didakwa tiada sebarang unsur jenayah di bawah siasatan pihak polis walaupun secara terang-terangan ditipu.
  • Dakwanya, lebih menghairankan, kes itu diserahkan kepada agensi lain untuk tindakan lanjut.
  • “Jadi mengapa kes ini ROA sedangkan ini jelas satu jenayah apabila mangsa diperdaya dan ditabur pelbagai janji,” katanya dalam sidang akhbar di Sungai Besi, di sini hari ini.

PETALING JAYA: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang mengklasifikasi siasatan terhadap syarikat pengendali umrah ternama sebagai Rujuk Kepada Agensi Lain atau ‘Refer to Other Agency’ (ROA) walaupun ratusan mangsa mendakwa ditipu.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, seramai 123 mangsa yang kerugian RM1.3 juta meluahkan kekecewaan apabila kes mereka didakwa tiada sebarang unsur jenayah di bawah siasatan pihak polis walaupun secara terang-terangan telah ditipu.

Dakwanya, lebih menghairankan, kes tersebut diserahkan kepada agensi lain untuk tindakan lanjut.

“Mangsa telah membuat bayaran kepada syarikat ini dan menerima jadual penerbangan namun malangnya pada hari yang sepatutnya, mereka dimaklumkan tidak dapat menunaikan umrah dengan pelbagai alasan.

“Jadi kita mahu pihak polis menyiasat ke mana wang mangsa itu ‘menghilang’ selepas pelbagai janji termasuk cek dan jadual penerbangan semula dibatalkan beberapa kali oleh syarikat itu.

“Jadi mengapa kes ini ROA sedangkan ini jelas satu jenayah apabila mangsa diperdaya dan ditabur pelbagai janji,” katanya dalam sidang akhbar di Sungai Besi, di sini hari ini.

Menurut Hishamuddin, mangsa turut mengambil inisiatif dengan memfailkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna (TTP) bagi mendapatkan pampasan.

Bagaimanapun, jelasnya, syarikat tersebut tidak menghiraukan arahan untuk membuat pembayaran walaupun menerima perintah award.

“Mereka kata hendak bayar pampasan, tetapi apabila sampai tarikh hendak tunaikan cek, cek tersebut dibatalkan. Buat penjadualan penerbangan semula, tetapi tiba tarikh hendak terbang, tiada pun penerbangan disediakan.

“Untuk makluman, sekiranya syarikat tersebut telah mengingkari perintah award, ia merupakan satu kesalahan yang melanggar undang-undang,” katanya.

Dalam pada itu, Penasihat MHO, Tan Sri Musa Hassan berkata, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas Ketua Polis Negara, apabila sesuatu laporan itu ada unsur jenayah, pihak polis perlu buka siasatan terus.

“ROA ini lain, kalau ada melibatkan lesen-lesen itu lain. Jadi pihak polis akan memberitahu kepada agensi yang mengeluarkan lesen untuk mengambil tindakan.

“Tetapi kalau didapati ada unsur jenayah, maka polis perlu siasat terus, tidak boleh ada ROA,” jelasnya.

Sementara itu, seorang guru, Che Roni Mat, 56, dan lapan individu serta kenalan rugi RM77,000 akibat diperdaya syarikat pengendali umrah tersebut.

“Syarikat itu dilihat meyakinkan, jadi kita mengambil pakej dengan mereka dengan harapan untuk membuat ibadah.

“Bagaimanapun, mereka menuntut membuat beberapa bayaran tambahan lain sehinggakan saya berasa musykil dan kecewa kerana sehingga sekarang masih tidak dapat menunaikan umrah,” katanya. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

5,081 peneroka haram Israel serbu Masjid Al-Aqsa pada Jun – Laporan

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.
  • IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.
  • Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan tentera (berek tentera).

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.

Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan (berek) tentera .

Aktivis Palestin mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan itu dan menyifatkannya percubaan disengajakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas Masjid Al-Aqsa dan menuntut kepentingan Yahudi pada elemen rohani dan sejarah tapak itu.

Mereka mengeluarkan gesaan supaya ditingkatkan kehadiran orang Islam di pekarangannya bagi menentang tindakan sedemikian dan melindungi tapak suci itu daripada pencerobohan selanjutnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending