Antarabangsa
Menang lawan perempuan muda, Atlet lelaki transgender menang anugerah
Seorang atlet bola sepak Gaelic lelaki transgender dikritik teruk selepas perlawanan dengan pemain wanita selain mendapat penganugerahan sukan dan diprofilkan secara positif oleh sebuah penerbitan LGBT, lapor Reduxx.
- Seorang atlet bola sepak Gaelic lelaki transgender dikritik teruk selepas perlawanan dengan pemain wanita selain mendapat penganugerahan sukan dan diprofilkan secara positif oleh sebuah penerbitan LGBT.
- Giulia Valentino sebelum ini dikenali sebagai Marco Valentino, 39, dipuji sebagai “peneraju” oleh Gay Community News dalam sebuah artikel yang turut mengumumkan beliau sebagai penerima Anugerah Sukan LGBTQ+ Galas 2023 dan dianugerahkan kepadanya di Dublin pada 7 Oktober lalu.
- Berita mengenai anugerah Valentino itu mencetuskan kemarahan netizen selain mereka bimbang tentang fenomena yang mana seorang lelaki diberi ganjaran kerana bersaing dalam sukan bersentuhan dengan wanita muda.
IRELAND – Seorang atlet bola sepak Gaelic lelaki transgender dikritik teruk selepas perlawanan dengan pemain wanita selain mendapat penganugerahan sukan dan diprofilkan secara positif oleh sebuah penerbitan LGBT, lapor Reduxx.
Giulia Valentino sebelum ini dikenali sebagai Marco Valentino, 39, dipuji sebagai “peneraju” oleh Gay Community News dalam sebuah artikel yang turut mengumumkan beliau sebagai penerima Anugerah Sukan LGBTQ+ Galas 2023 dan dianugerahkan kepadanya di Dublin pada 7 Oktober lalu.
Berita mengenai anugerah Valentino itu mencetuskan kemarahan netizen dalam talian selain mereka bimbang tentang fenomena yang mana seorang lelaki diberi ganjaran kerana bersaing dalam sukan bersentuhan dengan wanita muda.
Meskipun dikecam, pemain kumpulan Na Gaeil Aeracha itu dipuji media sebagai ‘berani dan anggun’ berhubung perkara tersebut.
Ketika perlawanan itu, seorang sumber yang menonton perlawanan memberitahu pengadil pada awalnya menganggap Valentino adalah sebahagian pihak pengurusan Na Gaeil Aeracha sehinggalah beliau melihat lelaki transgender itu bermain dengan atlet wanita ketika itu.
Setelah menyedari Valentino sedang berentap dalam perlawanan itu, beliau menghentikan permainan untuk memberitahu kumpulan itu bahawa ada ‘masalah dengan nombor 21’ dan memberitahu mereka ‘pemain itu lelaki’.
Ekoran itu, Persatuan Atletik Gaelic (GAA) dan Persatuan Bola Sepak Gaelic Ladies (LGFA) mengeluarkan kenyataan berjanji untuk melaksanakan dasar dikemaskini mengenai atlet transgender.
Apa menambahkan kritikan daripada aktivis hak asasi wanita, LGFA dilaporkan sedang bekerjasama dengan Valentino untuk merangka garis panduan baharu mengenai perkara itu.
Sumber: Reduxx