Connect with us

Antarabangsa

Larangan generasi merokok dibatalkan kerajaan baharu New Zealand

Inisiatif larangan generasi merokok New Zealand akan dimansuhkan kerajaan baharunya untuk menampung pengecualian cukai.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Inisiatif larangan generasi merokok New Zealand akan dimansuhkan kerajaan baharunya untuk menampung pengecualian cukai.
  • BBC melaporkan larangan diperkenalkan kerajaan terdahulu diketuai Jacinda Ardern itu satu rancangan melarang penjualan rokok bermula tahun depan bagi individu yang lahir selepas tahun 2008.
  • Di New Zealand, merokok merupakan punca utama kematian dalam kategori penyakit yang boleh dicegah dan polisi terbabit disasar supaya generasi muda terhindar dari tabiat merugikan itu.
  • Pakar-pakar kesihatan mengkritik keputusan mendadak mengabaikan dasar diperkenalkan kerajaan sebelum itu.

Inisiatif larangan generasi merokok New Zealand akan dimansuhkan kerajaan baharunya untuk menampung pengecualian cukai.

BBC melaporkan larangan diperkenalkan kerajaan terdahulu diketuai Jacinda Ardern itu satu rancangan melarang penjualan rokok bermula tahun depan bagi individu yang lahir selepas tahun 2008.

Di New Zealand, merokok merupakan punca utama kematian dalam kategori penyakit yang boleh dicegah dan polisi terbabit disasar supaya generasi muda terhindar dari tabiat merugikan itu.

Pakar-pakar kesihatan telah mengkritik keputusan mendadak mengabaikan dasar diperkenalkan kerajaan sebelum itu.

“Kami terkejut dan jijik… ini adalah satu keputusan mundur luar biasa terhadap langkah kesihatan yang sangat baik dan terkemuka di dunia.

“Kebanyakan kumpulan kesihatan di New Zealand terkejut dengan apa yang dilakukan kerajaan sekarang dan menyeru mereka untuk berpatah balik,” kata Prof Richard Edwards, penyelidik kawalan tembakau dan pakar kesihatan awam di Universiti Otago kepada BBC.

Perundangan yang diluluskan sebelum ini disokong model kajian dan menerima pujian pada skala global.

Mengurangkan jumlah nikotin dalam rokok dan mengehadkan bilangan kedai tembakau antara dua langkah dilaksanakan model itu.

Berdasarkan model itu juga undang-undang bebas asap itu berpotensi menyelamatkan 5,000 nyawa manusia setiap tahun.

Sumber: BBC

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *