Connect with us

Terkini

Kutipan dana Ramasamy bayar saman Zakir Naik lepasi RM1.52 juta dalam tempoh kurang 7 hari

Kempen pendanaan awam atau crowdfunding yang dilancarkan bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, untuk membayar saman pendakwah bebas, Dr Zakir Naik, mencapai sasaran hari ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy (kiri) & Pendakwah Bebas, Dr Zakir Naik (kanan).
  • Kempen pendanaan awam atau crowdfunding dilancar bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, untuk bayar saman pendakwah bebas, Dr Zakir Naik, capai sasaran hari ini.
  • Bekas Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang menerusi laman Facebook, mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai yang beri sokongan padu terhadap dirinya dengan menyertakan tanda pagar, #SolidarityWithProfRama.
  • “Kami telah mencapai sebanyak RM1,523,187.38 setakat jam 11 pagi. Terima kasih atas sokongan memberangsangkan.
  • “Pendanaan awam dari 2 November pada jam 2.30 petang hingga 9 November, jam 11 pagi, 164 jam dan 30 minit. Kurang daripada tujuh hari,” tulisnya yang turut memaklumkan kutipan dana itu dihentikan serta merta hari ini. 

Georgetown: Kempen pendanaan awam atau crowdfunding yang dilancarkan bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, untuk membayar saman pendakwah bebas, Dr Zakir Naik, mencapai sasaran hari ini.

Bekas Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang itu menerusi laman Facebook, menyampaikan ucapan penghargaan dan berterima kasih kepada orang ramai yang memberi sokongan padu terhadap dirinya dengan menyertakan tanda pagar, #SolidarityWithProfRama.

“Kami telah mencapai sebanyak RM1,523,187.38 setakat jam 11 pagi. Terima kasih atas sokongan memberangsangkan.

“Pendanaan awam dari 2 November pada jam 2.30 petang hingga 9 November, jam 11 pagi, 164 jam dan 30 minit. Kurang daripada tujuh hari,” tulisnya yang turut memaklumkan kutipan dana itu dihentikan serta merta hari ini.

Ramasamy menyifatkan kejayaan itu sebagai usaha hebat daripada para penyumbang daripada segenap lapisan masyarakat dan merupakan hadiah Deepavali terbaik buat beliau.

Sebelum ini, media melaporkan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 2 November lalu memerintahkan Ramasamy membayar RM1.52 juta kepada penceramah berkenaan dalam tempoh 30 hari.

Zakir dilaporkan akan menyerahkan sepenuhnya pampasan yang diterima itu untuk membantu rakyat Palestin di Gaza.

Ramasamy pula dilaporkan mahu merayu keputusan kes terbabit di Mahkamah Rayuan.

Pada Oktober dan Disember 2019, Dr Zakir memfailkan dua saman berasingan mendakwa Ramasamy mengeluarkan lima kenyataan memfitnahnya.

Dalam pernyataan tuntutan, pendakwah dari India itu mendakwa Ramasamy memfitnahnya pada 10 April 2016, dengan memanggilnya ‘syaitan’ menerusi media sosial Facebook.

Dr Zakir yang bertaraf Penduduk Tetap, turut berkata Ramasamy memfitnahnya dalam satu lagi kenyataan disiarkan portal berita pada 1 Oktober 2017 dengan mendakwa Malaysia melindungi sebagaimana yang didakwanya pelarian dari India.

Saman kedua Dr Zakir dibuat kerana mendakwa Ramasamy memfitnahnya apabila mengulas berhubung kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang disiarkan portal berita pada 8 November 2019.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending