Antarabangsa
Kumpulan Indonesia nafi hospital digunakan Hamas untuk lancar serangan
Pengendali hospital Indonesia di Gaza semalam menafikan tuduhan tentera Israel bahawa kemudahannya digunakan oleh Hamas untuk melancarkan serangan.

- Pengendali hospital Indonesia di Gaza semalam menafikan tuduhan tentera Israel bahawa kemudahannya digunakan Hamas untuk melancarkan serangan.
- Komen itu sebagai tindak balas terhadap tuduhan tentera Israel bahawa Hamas menggunakan hospital, termasuk hospital utama Gaza Al-Shifa, Hospital Sheikh Hamad yang dibiayai Qatar dan hospital yang dibina oleh kumpulan dari Indonesia, sebagai perlindungan untuk melindungi operasi bawah tanahnya.
- Menurut pengerusi MER-C, mereka membina hospital ini untuk membantu orang lain, mengikut keperluan penduduk Gaza.
- “Tuduhan Israel adalah prasyarat supaya mereka boleh menyerang hospital Indonesia di Gaza,” katanya pada sidang media di Jakarta.
JAKARTA: Pengendali hospital Indonesia di Gaza semalam menafikan tuduhan tentera Israel bahawa kemudahannya digunakan oleh Hamas untuk melancarkan serangan.
Komen itu sebagai tindak balas terhadap tuduhan tentera Israel bahawa Hamas menggunakan hospital, termasuk hospital utama Gaza Al-Shifa, Hospital Sheikh Hamad yang dibiayai Qatar dan hospital yang dibina oleh kumpulan dari Indonesia, sebagai perlindungan untuk melindungi operasi bawah tanahnya.
Menurut pengerusi MER-C, kumpulan sukarela yang mengendalikan hospital Indonesia, berkata mereka membina hospital ini untuk membantu orang lain, mengikut keperluan penduduk Gaza.
“Tuduhan Israel adalah prasyarat supaya mereka boleh menyerang hospital Indonesia di Gaza,” katanya pada sidang media di Jakarta.
Kelmarin, jurucakap tentera Israel berkata, satu imej satelit menunjukkan pelancar roket terletak di seberang jalan dari hospital Indonesia.
Seorang lagi pegawai di MER-C berkata, tiada terowong di bawah hospital itu dan tangki bahan api dan penjana kuasanya disimpan di bangunan berdekatan yang berasingan atas sebab keselamatan.
Indonesia, negara majoriti Muslim terbesar di dunia, menggesa gencatan senjata segera dan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Pegawai kesihatan di Gaza yang dikuasai Hamas berkata, lebih 9,770 rakyat Palestin terbunuh dalam perang sejak Hamas melancarkan serangan rentas sempadan pada 7 Oktober, membunuh 1,400 orang dan merampas lebih 240 tebusan.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas
-
Terkini2 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor