Terkini
KPM sedia bantu Sarawak berhubung pentaksiran pendidikan – Fadhlina
Kerajaan Pusat bersedia membantu Sarawak berhubung cadangan kerajaan negeri itu memperkenalkan pentaksiran pendidikan standard untuk murid Tahun Enam dan Tingkatan Tiga, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
- Kerajaan Pusat bersedia membantu Sarawak berhubung cadangan kerajaan negeri itu memperkenalkan pentaksiran pendidikan standard untuk murid Tahun Enam dan Tingkatan Tiga, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
- Fadhlina berkata cadangan itu tidak menjadi masalah selagi ia mengikut garis panduan ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
- “Sekarang ini, hala tuju kita adalah untuk memperkukuhkan pentaksiran. Sekiranya Sarawak berada di bawah landasan pentaksiran ini, saya fikir dia tidak pergi jauh dan kita sedia bantu memperkukuhkan pentaksiran di Sarawak,” katanya kepada media selepas Majlis Peluncuran Dasar Pendidikan Digital di sini hari ini.
- Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak pada Isnin dilaporkan berhasrat untuk melaksanakan cadangan pentaksiran standard untuk murid Tahun Enam dan Tingkatan Tiga yang menekankan mata pelajaran Program Dwibahasa (DLP) menjelang 2025.
BANGI – Kerajaan Pusat bersedia membantu Sarawak berhubung cadangan kerajaan negeri itu memperkenalkan pentaksiran pendidikan standard untuk murid Tahun Enam dan Tingkatan Tiga, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Fadhlina berkata cadangan itu tidak menjadi masalah selagi ia mengikut garis panduan ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
“Sekarang ini, hala tuju kita adalah untuk memperkukuhkan pentaksiran.
“Sekiranya Sarawak berada di bawah landasan pentaksiran ini, saya fikir dia tidak pergi jauh dan kita sedia bantu memperkukuhkan pentaksiran di Sarawak,” katanya kepada media selepas Majlis Peluncuran Dasar Pendidikan Digital di sini hari ini.
Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak pada Isnin dilaporkan berhasrat untuk melaksanakan cadangan pentaksiran standard untuk murid Tahun Enam dan Tingkatan Tiga yang menekankan mata pelajaran Program Dwibahasa (DLP) menjelang 2025.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Roland Sagah Wee In berkata KPM menyokong cadangan itu dan bersetuju membantu pelaksanaan pentaksiran itu di semua sekolah awam di Sarawak.
Roland berkata pentaksiran sedemikian penting kerana ia akan berfungsi sebagai cara untuk mengukur keberkesanan DLP di samping inisiatif lain dilaksanakan negeri untuk meningkatkan pengambilan mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di sekolah. – The Merdeka Times
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times