Connect with us

Terkini

Kes penipuan umrah terus meningkat tahun ini

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) mendedahkan kes penipuan umrah di seluruh negara terus meningkat sepanjang tahun ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) mendedahkan kes penipuan umrah di seluruh negara terus meningkat sepanjang tahun ini.
  • Setiausaha Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Pelancongan Motac, Roslan Mohammad berkata, angka kerugian dialami jemaah terus dilaporkan naik berbanding tahun lalu.
  • “Untuk rekod tahun ini sahaja setakat akhir bulan lepas, sebanyak 62 kes polis dilaporkan dengan melibatkan kerugian bernilai kira-kira RM2.1 juta. Kegiatan penipuan mula bertambah sejak sempadan negara dibuka luas dua tahun lepas susulan peralihan daripada era pandemik Covid-19,” katanya ketika merasmikan Hari Umrah Malaysia di sini semalam.

CYBERJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) mendedahkan kes penipuan umrah di seluruh negara terus meningkat sepanjang tahun ini.

Setiausaha Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Pelancongan Motac, Roslan Mohammad berkata, angka kerugian dialami jemaah terus dilaporkan naik berbanding tahun lalu.

“Untuk rekod tahun ini sahaja setakat akhir bulan lepas, sebanyak 62 kes polis dilaporkan dengan melibatkan kerugian bernilai kira-kira RM2.1 juta. Kegiatan penipuan mula bertambah sejak sempadan negara dibuka luas dua tahun lepas susulan peralihan daripada era pandemik Covid-19.

“Industri tersebut diunjurkan kembali kepada keadaan sebelum wabak apabila seramai lebih 300,000 jemaah dari Malaysia dicatatkan mengerjakan umrah setiap tahun,” katanya ketika merasmikan Hari Umrah Malaysia di sini semalam.

Katanya, pada 2022, sebanyak 127 laporan polis telah diterima di seluruh negara dengan nilai kerugian kasar yang dianggarkan mencecah kira-kira RM6.1 juta.

“Angka itu belum termasuk lagi sejumlah 161 kes diterima Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) merekodkan sebanyak RM2.9 juta daripada segi nilai tuntutan.

“Sementara untuk tahun ini pula sehingga hujung bulan lepas, tribunal berkenaan sudah menerima tuntutan bernilai RM7.09 juta yang membabitkan 355 kes,” katanya. 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *