Terkini
Kekurangan guru di SK lebih ketara berbanding sekolah vernakular
Kekurangan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) lebih ketara berbanding Sekolah Vernakular, demikian kata Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying.

- Kekurangan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) lebih ketara berbanding Sekolah Vernakular, demikian kata Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying.
- Katanya, laporan sebelum ini yang menyatakan terdapat lebihan 500 guru bukan merujuk kepada guru di SJKC tetapi guru yang mengajar subjek Bahasa Cina.
- Beliau berkata kekurangan guru di Sekolah Kebangsaan lebih ketara kerana bilangan SK lebih banyak berbanding SJK(C) dan SJK(T).
- Hui Ying berkata KPM memberi jaminan bahawa kerajaan tidak bercadang untuk menutup sekolah kurang murid (SKM).
KUALA LUMPUR – Kekurangan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) lebih ketara berbanding Sekolah Vernakular, demikian kata Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying.
China Press melaporkan Hui Ying berkata sekolah vernakular di Malaysia menghadapi masalah kekurangan guru termasuk di SJK (C) yang masih kekurangan 1,354 guru.
Beliau juga menjelaskan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tidak pernah berkata SJKC mempunyai guru yang mencukupi.
Katanya, laporan sebelum ini yang menyatakan terdapat lebihan 500 guru bukan merujuk kepada guru di SJKC tetapi guru yang mengajar subjek Bahasa Cina.
Timbalan Menteri Pendidikan itu berkata demikian selepas Majlis Perasmian Bangunan SJK(C) Ton Fah Eco Majestic di Semenyih dekat sini.
Beliau berkata kekurangan guru di Sekolah Kebangsaan lebih ketara kerana bilangan SK lebih banyak berbanding SJK(C) dan SJK(T).
Hui Ying berkata KPM memberi jaminan bahawa kerajaan tidak bercadang untuk menutup sekolah kurang murid (SKM).
“Sebaliknya, KPM akan merangka beberapa strategik bagi menangani isu SKM di bawah inisiatif pelan hala tuju SKM. Salah satu strategik tersebut adalah pemindahan atau penempatan semula SKM seperti SJK(C) Ton Fah ini,” katanya.
SJK(C) Ton Fah dipindahkan dari Beranang ke Semenyih Eco Majestic dan mula beroperasi pada 4 September lalu. – The Merdeka Times
Sumber: China Press
