Antarabangsa
Jordan hantar bekalan perubatan segera melalui udara ke Gaza
Tentera udara Jordan menghantar bekalan perubatan penting ke hospital lapangan di Semenanjung Gaza yang dikepung, kata Raja Abdullah II, awal hari ini.
- Tentera udara Jordan menghantar bekalan perubatan penting ke hospital lapangan di Semenanjung Gaza yang dikepung, kata Raja Abdullah II, awal hari ini.
- “Anggota tentera udara kami tidak gentar menghantar bantuan perubatan segera pada tengah malam ke hospital lapangan Jordan di Gaza.
- “Ini adalah kewajipan kami membantu saudara kami yang cedera dalam perang ke atas Gaza,” katanya menerusi platform X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.
- Pengguguran bantuan melalui udara itu diumumkan ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, melakukan lawatan diplomatik serantau.
AMMAN: Tentera udara Jordan menghantar bekalan perubatan penting ke hospital lapangan di Semenanjung Gaza yang dikepung, kata Raja Abdullah II, awal hari ini.
“Anggota tentera udara kami tidak gentar menghantar bantuan perubatan segera pada tengah malam ke hospital lapangan Jordan di Gaza.
“Ini adalah kewajipan kami membantu saudara kami yang cedera dalam perang ke atas Gaza,” katanya menerusi platform X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.
Katanya lagi, Jordan akan sentiasa bersama dengan rakyat Palestin.
Pengguguran bantuan melalui udara itu diumumkan ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, melakukan lawatan diplomatik serantau.
Beliau mengadakan perbincangan di Amman pada Sabtu dengan rakan sejawatannya dari Jordan, Mesir, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Semalam, Blinken melawat Tebing Barat, Iraq dan Cyprus yang diduduki, ketika beliau meneruskan perjalanannya, dengan tumpuan memastikan bantuan sampai kepada orang awam yang terkepung di Gaza.
Peperangan bertambah sengit di Gaza semalam, yang kini memasuki hari ke-30 sejak pejuang Hamas menyerbu sempadan Israel, dengan rejim Zionis tanpa henti mengebom Semenanjung Gaza.
Kementerian Kesihatan di wilayah Palestin yang dikendalikan Hamas melaporkan 9,770 orang terbunuh setakat ini dengan kira-kira dua pertiga daripadanya wanita dan kanak-kanak.
Sumber: Berita Harian