Antarabangsa
Israel dakwa sudah bahagikan Gaza kepada dua bahagian
Tentera Israel pada Ahad mengumumkan ia selesai mengepung Bandar Gaza dan membahagikan Semenanjung Gaza kepada dua bahagian, selain menyeru penduduk untuk bergerak ke selatan, lapor Agensi Anadolu.
- Tentera Israel pada Ahad mengumumkan ia selesai mengepung Bandar Gaza dan membahagikan Semenanjung Gaza kepada dua bahagian, selain menyeru penduduk untuk bergerak ke selatan, lapor Agensi Anadolu.
- “Tentera, di bawah arahan Briged Golani, menyelesaikan kepungan ke atas Bandar Gaza dan sampai ke pantainya,” kata jurucakap tentera, Daniel Hagari pada sidang akhbar, sambil menambah langkah itu “sangat penting untuk menekan Hamas.”
- Dia sekali lagi menyeru rakyat Gaza untuk bergerak ke selatan, dengan berkata, “kami memperhebatkan serangan malam ini dengan cara yang sangat berkesan.”
Baitulmaqdis: Tentera Israel pada Ahad mengumumkan ia selesai mengepung Bandar Gaza dan membahagikan Semenanjung Gaza kepada dua bahagian, selain menyeru penduduk untuk bergerak ke selatan, lapor Agensi Anadolu.
“Tentera, di bawah arahan Briged Golani, menyelesaikan kepungan ke atas Bandar Gaza dan sampai ke pantainya,” kata jurucakap tentera, Daniel Hagari pada sidang akhbar, sambil menambah langkah itu “sangat penting untuk menekan Hamas.”
Hagari berkata, tentera juga membahagikan Semenanjung Gaza kepada “dua bahagian – utara dan selatan.”
Dia sekali lagi menyeru rakyat Gaza untuk bergerak ke selatan, dengan berkata, “kami memperhebatkan serangan malam ini dengan cara yang sangat berkesan.”
Sejak Selasa, tentera Israel mengumumkan dalam beberapa kenyataan bahawa pertempuran sengit sedang berlaku di dalam Semenanjung Gaza.
Sumber: Harian Metro