Connect with us

Terkini

Genosid Palestin perlukan tindakan, bukan kata-kata ‘berapi’ – GSPP

Penghapusan etnik ataupun genosid yang dilakukan rejim penjajah Israel terhadap rakyat Palestin perlu ditangani melalui tindakan bukan kata-kata yang bersifat ‘berapi’.

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Genosid Palestin perlukan tindakan, bukan kata-kata ‘berapi’ - GSPP
Foto: Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin, Muhammad Fauzi Asmuni.
  • Penghapusan etnik ataupun genosid yang dilakukan rejim penjajah Israel terhadap rakyat Palestin perlu ditangani melalui tindakan bukan kata-kata yang bersifat ‘berapi’.
  • Demikian kata Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin, Muhammad Fauzi Asmuni yang turut mempersoalkan sama ada tindakan pemimpin Islam melontarkan kata-kata berapi boleh dianggap setanding dengan tindakan Barat yang terus menerus membekalkan senjata dan tentera tanpa henti kepada rejim zionis.
  • “Adakah kata-kata berapi yang diiringi sorakan kekaguman boleh menghentikan angka pembunuhan meningkat setiap hari?” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad. 
  • Muhammad Fauzi berkata beberapa kenyataan dikeluarkan Wisma Putra termasuk kenyataan bersama Malaysia, Indonesia dan Brunei untuk terus kekal dengan penyelesaian sempadan pra 1967 menyakinkan beliau bahawa Kerajaan sebetulnya tidak memahami isu sebenar Palestin. 

KUALA LUMPUR – Penghapusan etnik ataupun genosid yang dilakukan rejim penjajah Israel terhadap rakyat Palestin perlu ditangani melalui tindakan bukan kata-kata yang bersifat ‘berapi’.

Demikian kata Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin, Muhammad Fauzi Asmuni yang turut mempersoalkan sama ada tindakan pemimpin Islam melontarkan kata-kata berapi boleh dianggap setanding dengan tindakan Barat yang terus menerus membekalkan senjata dan tentera tanpa henti kepada rejim zionis.

Muhammad Fauzi menegaskan situasi sekarang adalah genosid Palestin dengan menggunakan segala jenis senjata klasik mahupun moden, memusnahkan segala sumber kehidupan penyambung nyawa, menghalang bekalan minyak sehingga ambulan tidak boleh bergerak; meletupkan hospital, memutuskan bekalan elektrik dan air serta menghadkan kemasukan makanan pada kadar tidak mencukupi yang hanya terbatas di selatan Gaza.

“Di fasa ini, yang diperlukan adalah tindakan dan bukan kata-kata. Kalau barat terus menerus membekalkan senjata dan tentera tanpa henti, adakah kata-kata berapi pemimpin umat Islam boleh dianggap sebagai tindakan yang sepadan? 

“Adakah kata-kata berapi yang diiringi sorakan kekaguman boleh menghentikan angka pembunuhan meningkat setiap hari?” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad. 

Muhammad Fauzi berkata beberapa kenyataan dikeluarkan Wisma Putra termasuk kenyataan bersama Malaysia, Indonesia dan Brunei untuk terus kekal dengan penyelesaian sempadan pra 1967 menyakinkan beliau bahawa Kerajaan sebetulnya tidak memahami isu sebenar Palestin. 

Beliau berkata memberikan hak kepada rejim Israel untuk bersempadan dengan Palestin adalah pengiktirafan kepada penjajahan dan memberikan ruang kepada zionis itu untuk terus membuli Palestin. 

“Bilangan kematian semakin meningkat. Peranan rakyat sudah hampir mencapai silingnya.

“Peranan kerajaanlah yang akan mengubah senario. Kerajaan perlu bertindak dan bukan berkata-kata. Tolonglah baca 9 tuntutan GSPP kepada kerajaan yang sudah kami panjangkan ke Wisma Putra,” kata Muhammad Fauzi.

Antara sembilan tuntutan GSPP adalah kerajaan dituntut untuk tidak mengiktiraf Two State Solution dan mengembalikan peta Palestin yang asal sebelum Deklarasi Balfour 1917, menuntut kerajaan untuk tidak memenuhi apa-apa tuntutan atau desakan bagi menormalisasi sebarang bentuk hubungan dengan rejim Israel dan menuntut kerajaan menolak rancangan Perjanjian Abad ini (Deal of the Century) yang akan menjuruskan ke arah pembinaan Israel Raya serta terdapat beberapa tuntutan lain.

Sebelum ini, Wisma Putra menerusi kenyataan bersama dengan Indonesia dan Brunei sempena mesyuarat Pemimpin Ekonomi Apec ke-30 di Amerika Syarikat menegaskan penyelesaian yang adil dan kekal terhadap konflik Palestin-Israel hanya dapat dicapai melalui jalan damai. 

Pemimpin-pemimpin negara itu mendesak pematuhan terhadap resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuk Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu A/ES-10/L.25 dan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2712. 

Mereka menekankan kepentingan penyelesaian dua negara berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Palestin, selaras undang-undang antarabangsa. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *