Connect with us

Antarabangsa

AS biadab, rancang bentuk konsensus antarabangsa tadbir Gaza – Hamas

Hamas membantah rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk membentuk konsensus antarabangsa bagi mentadbir Gaza selepas perang yang dilancarkan rejim Zionis Israel berakhir.

Wartawan TMT

Published

on

AS biadab, rancang bentuk konsensus antarabangsa tadbir Gaza - Hamas
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Hamas membantah rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk membentuk konsensus antarabangsa bagi mentadbir Gaza selepas perang yang dilancarkan rejim Zionis Israel berakhir.
  • Memetik laporan Palestinian Information Center, pertubuhan pejuang kebebasan Palestin itu menyifatkan rancangan AS itu sebagai biadab dan patut dicela.
  • Hamas menegaskan, tiada sesiapa pun yang boleh memaksa rakyat Palestin yang merdeka menerima mandat tersebut.
  • “Kami katakan dengan jelas bahawa rancangan terbaharu AS untuk Gaza itu adalah untuk memenuhi kehendak negara tersebut dan rejim Zionis Israel.
  • “Rancangan itu ditolak sama sekali dan akan ditentang sekeras-kerasnya oleh rakyat Palestin,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

GAZA – Hamas membantah rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk membentuk konsensus antarabangsa bagi mentadbir Gaza selepas perang yang dilancarkan rejim Zionis Israel berakhir.

Memetik laporan Palestinian Information Center, pertubuhan pejuang kebebasan Palestin itu menyifatkan rancangan AS itu sebagai biadab dan patut dicela.

Hamas menegaskan, tiada sesiapa pun yang boleh memaksa rakyat Palestin yang merdeka menerima mandat tersebut.

“Kami katakan dengan jelas bahawa rancangan terbaharu AS untuk Gaza itu adalah untuk memenuhi kehendak negara tersebut dan rejim Zionis Israel.

“Rancangan itu ditolak sama sekali dan akan ditentang sekeras-kerasnya oleh rakyat Palestin,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tambah Hamas, hanya rakyat Palestin yang berhak membuat keputusan berkaitan nasib, masa depan dan kepentingan mereka.

Pertubuhan tersebut turut menyifatkan rancangan AS itu sebagai ‘angan-angan semata-mata’ dan rakyat Palestin akan beroleh kemenangan dalam perjuangan menentang kuasa fasis yang menjajah mereka.

Advertisement

“Rakyat Palestin akan menunjukkan kesungguhan mereka dan berjuang untuk mendapatkan semula hak mereka untuk menubuhkan sebuah negara merdeka dengan Jerusalem sebagai ibu negara,” katanya.

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending