Connect with us

Terkini

Tiada rancangan hapus monopoli BERNAS – Mat Sabu

Kerajaan belum bercadang untuk menghapuskan monopoli Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) sebagai pengimport beras di negara ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tiada rancangan hapus monopoli BERNAS - Mat Sabu
Foto: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
  • Kerajaan belum bercadang untuk menghapuskan monopoli Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) sebagai pengimport beras di negara ini.
  • Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata kementerian yakin dasar pengimport utama beras yang sedang dilaksanakan ketika ini adalah kaedah terbaik dalam menangani cabaran semasa dan mendatang. 
  • Beliau berkata, dasar berkenaan adalah mekanisme utama yang memberikan keupayaan kepada negara untuk menghadapi cabaran ketidakstabilan harga beras antarabangsa. 
  • “Berdasarkan perkara ini, sebarang keputusan mengenai perubahan dasar ini wajib mengambil kira kebajikan dan pendapatan pesawah, kestabilan dan jaminan bekalan makanan negara serta dasar semasa kementerian,” katanya melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum bercadang untuk menghapuskan monopoli Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) sebagai pengimport beras di negara ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata kementerian yakin dasar pengimport utama beras yang sedang dilaksanakan ketika ini adalah kaedah terbaik dalam menangani cabaran semasa dan mendatang. 

Beliau berkata, dasar berkenaan adalah mekanisme utama yang memberikan keupayaan kepada negara untuk menghadapi cabaran ketidakstabilan harga beras antarabangsa. 

“Ini kerana dasar pengimport utama adalah mekanisme ‘gate keeping‘ yang berfungsi sebagai benteng bagi melindungi industri padi dan beras tempatan daripada terdedah kepada ketidaktentuan kedudukan pasaran antarabangsa.

“Berdasarkan perkara ini, sebarang keputusan mengenai perubahan dasar ini wajib mengambil kira kebajikan dan pendapatan pesawah, kestabilan dan jaminan bekalan makanan negara serta dasar semasa kementerian,” katanya melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) mengenai bila kementerian akan menghapuskan monopoli BERNAS dan membenarkan lebih banyak pengimport beras di negara ini.

Menjawab soalan sama ada kenaikan harga Beras Putih Import (BPI) juga ada kaitan dengan monopoli BERNAS, Mohamad menjelaskan, ia tidak berkaitan.

Sebaliknya beliau berkata, kenaikan BPI adalah disebabkan harga pasaran antarabangsa bagi beras itu meningkat sebanyak 60 peratus pada akhir Ogos 2022.

Sehingga kini, sebanyak 19 negara membataskan eksport ke luar negara untuk memberi keutamaan kepada rakyat sendiri. 

Sebagai contohnya, katanya, India mengenakan sekatan eksport beras mulai Julai lalu, seterusnya memberi kesan kepada kenaikan harga beras putih global. 

“Keadaan ini diburukkan lagi dengan kemerosotan kadar tukaran asing Ringgit Malaysia (RM), berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). 

“Kenaikan harga beras ini bukan saja berlaku di negara ini tetapi turut dirasai secara global,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *