Connect with us

Terkini

Tiada bukti Aman Palestin mengelirukan orang ramai – CEO Aman Palestin

Setakat ini tiada bukti menunjukkan Aman Palestin mengelirukan masyarakat awam, kata Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut selepas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hidayah Sani

Published

on

Tiada bukti Aman Palestin mengelirukan orang ramai – CEO Aman Palestin
Foto: Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut.
  • Setakat ini tiada bukti menunjukkan Aman Palestin mengelirukan masyarakat awam, kata Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut selepas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • “Setakat ini kami telah memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM. Alhamdulillah, setakat ini tiada bukti yang mengelirukan orang awam. 
  • “Kita juga ada peguam yang membantu kita dalam hal-hal perundangan dan semoga kebenaran akan terbuka juga,” katanya dalam kenyataan di Telegram Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) hari ini.
  • Pada 24 Oktober lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata siasatan ke atas Aman Palestin melibatkan cara bagaimana pungutan wang dibuat serta bagaimana wang itu dibelanjakan.
  • Langkah berkenaan diambil susulan terdapat dakwaan mengatakan wang dikutip NGO itu disalahgunakan.

KUALA LUMPUR —- Setakat ini tiada bukti menunjukkan Aman Palestin mengelirukan masyarakat awam, kata Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut selepas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Awang Suffian berkata pihaknya memberikan kerjasama baik kepada SPRM dalam siasatan dijalankan terhadap Aman Palestin.

“Setakat ini kami telah memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM. Alhamdulillah, setakat ini tiada bukti yang mengelirukan orang awam. 

“Kita juga ada peguam yang membantu kita dalam hal-hal perundangan dan semoga kebenaran akan terbuka juga. 

“Insyallah aktiviti dan perjuangan kita berjalan seperti biasa,” katanya dalam kenyataan di Telegram Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) hari ini.

Pada 24 Oktober lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata siasatan ke atas Aman Palestin melibatkan cara bagaimana pungutan wang dibuat serta bagaimana wang itu dibelanjakan.

Beliau berkata langkah berkenaan diambil susulan terdapat dakwaan yang mengatakan wang dikutip NGO itu disalahgunakan.

Terdahulu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilaporkan meminta Jabatan Agama Islam Perlis untuk tidak membenarkan kutipan derma oleh Aman Palestin di surau dan masjid di Perlis. — The Merdeka Times

Sumber : Telegram Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

Wartawan TMT

Published

on

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel
Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.
  • “Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.
  • Awal hari ini, Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

“Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.

Roya News melaporkan Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

“Seorang komander Hizbullah yang bertanggungjawab terhadap salah satu daripada tiga sektor di selatan Lubnan terbunuh” dalam “serangan Israel ke atas sebuah kereta di Tyre”, kata sumber kepada Agence France-Presse (AFP).

Komander terbunuh ialah Mohamed Naim Nasser, 59 tahun, ketua unit Aziz Hizbullah yang mengawal salah satu daripada tiga bahagian wilayah selatan Lubnan.

Unit itu bertanggungjawab terhadap daerah timur di sempadan Lubnan dan Israel. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending