Connect with us

Antarabangsa

Selepas membedil hospital, rejim zionis Israel bom gereja di Gaza

Selepas mengebom hospital dan membunuh ratusan orang awam pada Selasa lalu, rejim zionis Israel semalam membedil sebuah gereja di pusat bandar Gaza dalam serangan udaranya ke atas wilayah Palestin itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Selepas membedil hospital, rejim zionis Israel bom gereja di Gaza
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Selepas mengebom hospital dan membunuh ratusan orang awam pada Selasa lalu, rejim zionis Israel semalam membedil sebuah gereja di pusat bandar Gaza dalam serangan udaranya ke atas wilayah Palestin itu.
  • Gereja Saint Porphyrius Ortodoks Greek yang juga gereja abad ke-12 itu telah dibedil sehingga menyebabkan kerosakan besar dan korban yang ramai, lapor Daily Mail memetik laporan Hamas.
  • Gereja itu terletak 250 meter dari Hospital Baptis Gaza yang menjadi sasaran serangan udara kejam pada 17 Oktober lalu yang menyebabkan kecederaan serta mengorbankan ratusan nyawa.
  • Sekurang-kurangnya dua wanita maut dan ramai lagi cedera dalam serangan itu, lapor agensi berita Palestin WAFA. 
  • Patriarch Ortodoks Greek Baitulmaqdis dalam kenyataannya menyifatkan tindakan rejim zionis menyasarkan gereja itu sebagai ‘jenayah perang’.
  • “Pengeboman oleh penjajah Israel ke atas gereja adalah satu lagi jenayah ke atas tempat agama dan orang awam,” kata Hamas dalam kenyataan.

Selepas mengebom hospital dan membunuh ratusan orang awam pada Selasa lalu, rejim zionis Israel semalam membedil sebuah gereja di pusat bandar Gaza dalam serangan udaranya ke atas wilayah Palestin itu.

Gereja Saint Porphyrius Ortodoks Greek yang juga gereja abad ke-12 itu telah dibedil sehingga menyebabkan kerosakan besar dan korban yang ramai, lapor Daily Mail memetik laporan Hamas.

Gereja itu terletak 250 meter dari Hospital Baptis Gaza yang menjadi sasaran serangan udara kejam pada 17 Oktober lalu yang menyebabkan kecederaan serta mengorbankan ratusan nyawa.

Sekurang-kurangnya dua wanita maut dan ramai lagi cedera dalam serangan itu, lapor agensi berita Palestin WAFA. 

Serangan itu juga menyebabkan kerosakan teruk pada bahagian bangunan gereja dengan struktur bersebelahan musnah sepenuhnya.

Patriarch Ortodoks Greek Baitulmaqdis dalam kenyataannya menyifatkan tindakan rejim zionis menyasarkan gereja itu sebagai ‘jenayah perang’.

Kementerian Dalam Negeri dipetik Daily Sabah sebagai berkata sejumlah besar korban awam itu, termasuk kematian dan kecederaan, adalah cubaan pembunuhan beramai-ramai terkini tentera Israel ke atas mereka yang berlindung di gereja.

Gereja itu dijadikan tempat perlindungan mereka yang berpindah dari utara Gaza, jemaah gereja, serta orang awam dengan rumah di kawasan Hospital Al Ahli yang musnah berikutan serangan tiga hari lalu. 

Menurut laporan media, kejiranan itu dianggarkan menempatkan sekitar 1,000 penganut Kristian.

Sementara itu, Hamas dalam kenyataannya menyeru masyarakat antarabangsa dan majlis-majlis gereja di seluruh dunia mengecam pencerobohan tentera Israel yang menyasarkan tempat ibadat dan masyarakat awam yang tidak berdaya.

“Pengeboman oleh penjajah Israel ke atas gereja adalah satu lagi jenayah ke atas tempat agama dan orang awam,” kata Hamas. – The Merdeka Times

Sumber: Dailymail, WAFA, Daily Sabah, Telegram – Hamas Online

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *