Antarabangsa
Russia sifatkan serangan Israel ke atas hospital di Gaza jenayah perang
Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Russia, Dmitry Medvedev menyifatkan serangan Israel ke atas Hospital Al-Ahli Baptist di Gaza sebagai “jenayah perang”, lapor Agensi Anadolu.
- Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Russia, Dmitry Medvedev menyifatkan serangan Israel ke atas Hospital Al-Ahli Baptist di Gaza sebagai “jenayah perang”, lapor Agensi Anadolu.
- Beliau berkata pihak yang mengambil peluang untuk mengaut keuntungan daripada peperangan itu dan tanpa berfikir panjang mengagihkan sejumlah besar wang untuk membekalkan senjata perlu bertanggungjawab atas perbuatan mereka.
ANKARA — Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Russia, Dmitry Medvedev menyifatkan serangan Israel ke atas Hospital Al-Ahli Baptist di Gaza sebagai “jenayah perang”, lapor Agensi Anadolu.
Beliau berkata pihak yang mengambil peluang untuk mengaut keuntungan daripada peperangan itu dan tanpa berfikir panjang mengagihkan sejumlah besar wang untuk membekalkan senjata perlu bertanggungjawab atas perbuatan mereka.
Lebih 500 orang terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas hospital itu pada Selasa, menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Ashraf al-Qudra. — BERNAMA
Sumber: Bernama