Connect with us

Antarabangsa

Qatar gesa masyarakat antarabangsa tidak beri ‘lampu hijau’ kepada Israel

Emir Qatar semalam menggesa masyarakat antarabangsa supaya tidak memberikan Israel kebenaran tanpa had untuk membunuh rakyat Palestin dalam perjuangannya menentang Palestin, kerana ia berbahaya serta mengancam keselamatan global. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Qatar gesa masyarakat antarabangsa tidak beri 'lampu hijau' kepada Israel
Foto: Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani.
  • Emir Qatar semalam menggesa masyarakat antarabangsa supaya tidak memberikan Israel kebenaran tanpa had untuk membunuh rakyat Palestin dalam perjuangannya menentang Palestin, kerana ia berbahaya serta mengancam keselamatan global. 
  • “Kita kata cukup. Israel tidak sepatutnya diberikan lampu hijau tanpa syarat dan kebenaran tanpa had untuk membunuh,” kata Sheikh Tamim Hamad Al-Thani dalam ucapan tahunan ketika pembukaan majlis Syura penasihat negara Teluk Arab itu.
  • Itu adalah kenyataan pertamanya secara umum sejak Qatar memulakan usaha menjadi pengantara antara Israel dan Palestin.

DOHA: Emir Qatar semalam menggesa masyarakat antarabangsa supaya tidak memberikan Israel kebenaran tanpa had untuk membunuh rakyat Palestin dalam perjuangannya menentang Palestin, kerana ia berbahaya serta mengancam keselamatan global. 

“Kita kata cukup. Israel tidak sepatutnya diberikan lampu hijau tanpa syarat dan kebenaran tanpa had untuk membunuh,” kata Sheikh Tamim Hamad Al-Thani dalam ucapan tahunan ketika pembukaan majlis Syura penasihat negara Teluk Arab itu.

Itu adalah kenyataan pertamanya secara umum sejak Qatar memulakan usaha menjadi pengantara antara Israel dan Palestin.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, angka kematian Gaza melebihi 5,000 dalam tempoh dua minggu serangan udara Israel sebagai tindak balas terhadap serangan mengejut pada 7 Oktober lalu.

Berikutan itu, pengeluar gas Qatar mengadakan dialog terbuka dengan Israel dan Palestin yang telah membawa pembebasan empat tebusan yang ditahan oleh Hamas, termasuk dua wanita Israel kelmarin. 

“Kami menyeru supaya serantau dan antarabangsa bersikap lebih serius terhadap peningkatan berbahaya kami saksikan yang mengancam keselamatan rantau ini dan dunia.

“Kami tidak menerima sikap pilih kasih dan bertindak seperti nyawa kanak-kanak Palestin tidak diambil kira, seolah-olah mereka tidak mempunyai muka atau nama,” kata Sheikh Tamim. 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *