Connect with us

Terkini

Pinda Akta 355 turut ambil kira penggubalan Akta Mahkamah Syariah – Menteri Agama

Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) akan mengambil kira cadangan penggubalan Akta Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pinda Akta 355 turut ambil kira penggubalan Akta Mahkamah Syariah – Menteri Agama
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
  • Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) akan mengambil kira cadangan penggubalan Akta Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata perkembangan terkini pindaan Akta 355 itu masih dalam proses libat urus dengan pihak terlibat.
  • “Kita masih lagi dalam proses libat urus dengan Majlis Agama Islam negeri-negeri dengan pihak istana dan sebagainya, selain itu kita juga akan mengambil kira proses menggubal Akta Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan itu,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) akan mengambil kira cadangan penggubalan Akta Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata perkembangan terkini pindaan Akta 355 itu masih dalam proses libat urus dengan pihak terlibat.

“Kita masih lagi dalam proses libat urus dengan Majlis Agama Islam negeri-negeri dengan pihak istana dan sebagainya, selain itu kita juga akan mengambil kira proses menggubal Akta Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan itu,” katanya pada sesi soal jawab, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) berhubung perkembangan terkini mengenai pindaan kepada Akta 355.

Menjawab soalan asal Ahmad Tarmizi mengenai usaha kerajaan mengukuhkan hak dan kedudukan Mahkamah Syariah, Mohd Na’im berkata kajian dan pindaan terhadap undang-undang syariah dibuat agar sesuai dengan keadaan semasa termasuk cadangan penggubalan kepada Akta Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) itu.

Selain itu, usaha lain yang dilakukan adalah penyeragaman pentadbiran pengurusan kes melalui pembinaan kaedah, arahan amalan, garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) serta peningkatan kemahiran personel Mahkamah Syariah melalui program latihan.

“Usaha lain termasuk penambahbaikan operasi dan perkhidmatan sokongan keluarga oleh Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) meliputi dana pendahuluan nafkah, perkhidmatan BSK Transit dan pemfailan kes-kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah mahkamah.

“Pengukuhan kepada penyelesaian pertikaian kes secara alternatif melalui Sulh, Hakam dan Mediasi, penambahbaikan sistem pengurusan kes melalui sistem E-Syariah dan menggalakkan inovasi dalam pengurusan kes dan pentadbiran di Mahkamah Syariah negeri-negeri,” katanya. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *