Connect with us

Terkini

Pesawah didakwa tertekan tanggung kerugian, padi rosak akibat jadual pelepasan air

Kira-kira 1,200 pesawah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Muda Selatan, Kota Kuala Muda dekat sini mendakwa kerja-kerja menanam padi di Kota 2 terjejas susulan jadual pelepasan air tidak selaras sejak tiga tahun lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Pesawah didakwa tertekan tanggung kerugian, padi rosak akibat jadual pelepasan air
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kira-kira 1,200 pesawah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Muda Selatan, Kota Kuala Muda dekat sini mendakwa kerja-kerja menanam padi di Kota 2 terjejas susulan jadual pelepasan air tidak selaras sejak tiga tahun lalu.
  • Ketua Unit Peladang Kampung Sungai Emas, Mohd. Yatim Ismail, 64, berkata, jadual pelepasan air oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tidak mengikut jadual penanaman padi pesawah di situ melibatkan kawasan seluas 1,800 hektar.
  • “Keadaan itu menyebabkan terdapat tanaman padi yang rosak dan mereput kerana tidak dapat dituai akibat terendam air,” katanya di sini semalam.
  • Ujarnya, sebahagian petani didakwa semakin tertekan kerana terpaksa menanggung kerugian apabila hasil daripada penanaman padi yang diusahakan tidak dapat dituai.

SUNGAI PETANI – Kira-kira 1,200 pesawah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Muda Selatan, Kota Kuala Muda dekat sini mendakwa kerja-kerja menanam padi di Kota 2 terjejas susulan jadual pelepasan air tidak selaras sejak tiga tahun lalu.

Ketua Unit Peladang Kampung Sungai Emas, Mohd. Yatim Ismail, 64, berkata, jadual pelepasan air oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tidak mengikut jadual penanaman padi pesawah di situ melibatkan kawasan seluas 1,800 hektar.

“Sistem pelepasan air JPS tidak teratur yang mana ketika pesawah perlukan air, air tidak ada dan bila tidak perlu, air dilepaskan pula.

“Keadaan itu menyebabkan terdapat tanaman padi yang rosak dan mereput kerana tidak dapat dituai akibat terendam air,” katanya di sini semalam.

Ujarnya, sebahagian petani didakwa semakin tertekan kerana terpaksa menanggung kerugian apabila hasil daripada penanaman padi yang diusahakan tidak dapat dituai.

“Kita telah beberapa kali membangkitkan isu ini ketika bermesyuarat dengan jurutera daerah, namun belum ada sebarang tindakan proaktif diambil bagi menyelesaikan masalah itu,” ujarnya.

Menurutnya, mengikut jadual JPS ketika ini, air akan dilepaskan selepas tempoh tiga bulan.

“Bagi penanaman padi, sepatutnya air perlu dilepaskan selepas dua bulan kerana apabila air belum kering, hasil padi tadi tidak dapat dituai dan menyebabkan padi mereput dan rosak,” jelasnya.

Seorang lagi petani dari Kampung Bukit Meriam, Mohd. Fazirul Ismail, 39, meminta pihak JPS supaya lebih peka dengan jadual penanaman padi petani di sini supaya sistem pelepasan air dapat diseragamkan.

“Pihak JPS seharusnya mengambil perhatian terhadap aduan dan permasalahan yang disuarakan oleh golongan petani seperti kami kerana sektor ini menyumbang kepada pengeluaran beras yang merupakan makanan asas rakyat di negara ini,”ujarnya.

Sementara itu, seorang petani dari Kampung Bukit Berangan, Samsudin Md. Desa, 67, berkata, dia meminta pihak JPS supaya melakukan penyelenggaraan dan pembersihan di kawasan pintu air dan sistem perparitan yang tersumbat akibat sampah sarap.

“Kawasan peparitan di sini perlu diselenggara dengan baik bagi memastikan sistem pengairan ke kawasan sawah padi dapat berjalan lancar,”ujarnya.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kerajaan diminta pertahan polisi sekolah tidak terima dana syarikat arak – Pemuda UMNO

Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.
  • Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh meminta kerajaan mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.
  • “Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.
  • “Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).
  • “Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

KUALA LUMPUR — Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata kerajaan perlu mempertahankan polisi itu sekalipun menerima asakan daripada mana-mana menteri untuk mengubahnya.

Dr Akmal juga memberi sokongan penuh kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan polisi itu.

Beliau berkata jika liga bola sepak negara pun tidak membenarkan syarikat sedemikian untuk menyumbang atau membuat tajaan, apatah lagi membabitkan pihak sekolah.

“Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.

“Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).

“Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

Foto: Tangkap layar artikel dimuat naik Dr Akmal di Facebooknya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semalam dilaporkan menolak memberikan sebarang pengecualian atau menyemak semula garis panduan yang melarang sekolah menerima dana daripada hasil penjualan produk tembakau dan minuman keras.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata walaupun semua sumbangan dialu-alukan, namun mesti mengikut garis panduan kementerian.

Beliau turut mengulangi pentingnya mematuhi garis panduan tersebut ketika diajukan pertanyaan sama ada terdapat pengecualian bagi sekolah vernakular.

Pada masa sama, Loke juga dilaporkan berkata isu pemberian sumbangan dan tajaan syarikat minuman keras kepada sekolah Cina akan dibawa ke mesyuarat Kabinet hari ini dan penjelasan akan diberikan kepada Jemaah Menteri.

Loke berkata perkara berkenaan tidak sepatutnya dijadikan isu kerana pembabitan syarikat minuman keras bagi membantu mengumpul dana untuk sekolah Cina sudah berlaku sejak 30 tahun lalu.

“Selama ini tidak timbul sebarang masalah, kenapa sekarang baharu nak jadikan isu? Ini sesuatu yang mesti kita faham bahawa ini bukan perkara baharu,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending