Connect with us

Terkini

Perjuangkan Palestin, Anwar tidak tunduk ugutan negara Barat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak takut dengan ugutan dan tekanan negara barat kerana pendiriannya yang lantang memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Perjuangkan Palestin, Anwar tidak tunduk ugutan negara Barat
Foto: Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden (kiri) & Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan).
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak takut dengan ugutan dan tekanan negara barat kerana pendiriannya yang lantang memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
  • Beliau sama sekali tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan bagi memperjuangkan kebebasan buat Palestin daripada penindasan serta pembunuhan oleh rejim Zionis.
  • “Saya dikritik, mula diserang beberapa kalangan Amerika Syarikat, Eropah dan Israel. Waspada saya beritahu, selagi saya diberi mandat oleh rakyat saya tidak terima ugutan itu, kita lawan tetap lawan.
  • “Biar kita sepakat kali ini, dunia Islam jangan lesu mesti bangkit pertahankan bumi Palestin. Mana dia demokrasi, mana dia hak asasi, mana dia kemanusiaan apakah kemanusiaan hanya untuk orang kulit putih dan hamba abdi bagi orang kulit hitam,” katanya ketika berucap pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin, di Stadium Axiata Bukit Jalil, semalam.

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak takut dengan ugutan dan tekanan negara barat kerana pendiriannya yang lantang memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Menurutnya, beliau sama sekali tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan bagi memperjuangkan kebebasan buat Palestin daripada penindasan serta pembunuhan oleh rejim Zionis.

“Saya dikritik, mula diserang beberapa kalangan Amerika Syarikat, Eropah dan Israel. Waspada saya beritahu, selagi saya diberi mandat oleh rakyat saya tidak terima ugutan itu, kita lawan tetap lawan.

“Ini saya nak tekankan, saya terima banyak teguran, ugutan… saya sebut kamu salah pilih orang.

“Saya tegaskan Malaysia negara bebas dan merdeka. Malaysia akan kekal negara berdaulat yang kekalkan kebebasan dan kebebasan rakyat Palestin,” katanya ketika berucap pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin, di Stadium Axiata Bukit Jalil, semalam.

Anwar berkata, dalam sejarah Malaysia, selalunya kerajaan hanya mengeluarkan kenyataan dari jauh tetapi ini kali pertama dengan semangat denyut nadi, beliau menjelajah ke negara Arab bagi bertemu kepimpinan dunia Islam untuk menyatakan sokongan bagi menghentikan serangan rejim Zionis terhadap Palestin.

“Saya menyampaikan mesej Malaysia ketika bertemu Putera Mahkota, merangkap Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed Salman, Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Istana Al Ittihadiya serta Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan pemimpin Islam lain.

“Biar kita sepakat kali ini, dunia Islam jangan lesu mesti bangkit pertahankan bumi Palestin. Mana dia demokrasi, mana dia hak asasi, mana dia kemanusiaan apakah kemanusiaan hanya untuk orang kulit putih dan hamba abdi bagi orang kulit hitam,” katanya.

Beliau berkata, Presiden Mesir juga memberitahu negara manapun yang ingin menghantar bantuan pihaknya akan terima dan membantu membawa masuk ke Gaza untuk penduduk di sana.

“Ubat tidak cukup, susu bayi tidak cukup, bekalan elektrik dipotong dan terputus air minuman tetapi di tahun 2023 masih ada manusia bercakap soal tamadun kemanusiaan, hak asasi tetapi masih ada yang kebuluran.

“Saya juga bertambah terkesan hasil pertemuan dengan negara Arab itu semuanya memberi penghormatan tinggi kepada Malaysia…makanya mereka mengharapkan kita buat sesuatu yang lebih lagi,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 16,000 peserta membanjiri stadium terbabit sambil mengenakan pakaian serba putih sebagai tanda solidariti untuk rakyat Palestin.

Acara dimulakan dengan solat berjemaah yang dipimpin oleh seorang imam Palestin, Rami Sousi, sebelum sesi ucapan.

Ia turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan Mohamad Hasan, dan beberapa orang duta negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *