Connect with us

Terkini

Pakaian sukan patuh syariah Terengganu hanya untuk atlet beragama Islam

Kerajaan Terengganu menegaskan, pakaian patuh syariah terhadap atlet gimnastik dan gimrama negeri ini, hanya membabitkan peserta yang beragama Islam sahaja.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pakaian sukan patuh syariah Terengganu hanya untuk atlet beragama Islam
Foto: Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim (kiri).
  • Kerajaan Terengganu menegaskan, pakaian patuh syariah terhadap atlet gimnastik dan gimrama negeri ini, hanya membabitkan peserta yang beragama Islam sahaja.
  • Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim, berkata garis panduan pemakaian sukan patuh syariah itu tidak membabitkan atlet bukan Islam.
  • Beliau berkata, pihaknya hanya tidak memberi kebenaran kepada atlet gimnastik dan gimrama wanita beragama Islam menyertai kejohanan termasuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.
  • “Kita tidak ada masalah, malah tidak pernah menyekat atau menghalang kepada mana-mana atlet gimnastik dan gimrama wanita bukan beragama Islam negeri ini menyertai temasya tahunan itu,” katanya.

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menegaskan, pakaian patuh syariah terhadap atlet gimnastik dan gimrama negeri ini, hanya membabitkan peserta yang beragama Islam sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim, berkata garis panduan pemakaian sukan patuh syariah itu tidak membabitkan atlet bukan Islam.

Beliau berkata, pihaknya hanya tidak memberi kebenaran kepada atlet gimnastik dan gimrama wanita beragama Islam menyertai kejohanan termasuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

“Jika ada dalam kalangan atlet gimnastik dan gimrama wanita bukan beragama Islam yang merasakan mampu bersaing di SUKMA 2024, persatuan terbabit boleh memohon untuk menghantar peserta.

“Kita tidak ada masalah, malah tidak pernah menyekat atau menghalang kepada mana-mana atlet gimnastik dan gimrama wanita bukan beragama Islam negeri ini menyertai temasya tahunan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan sesetengah pihak yang mempersoalkan dengan tindakan kerajaan Terengganu membabitkan pematuhan pakaian tidak patuh syariah kepada atlet wanita negeri ini.

Media melaporkan, Hishamuddin menjawab soalan yang diajukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu kali Ke-15, kelmarin.

ADUN Sura terbabit bertanya mengenai standard pemakaian menutup aurat yang ditetapkan kerajaan negeri pada setiap acara sukan dan program dianjurkan NGO.

Mengulas lanjut, Hishamuddin yang juga ADUN Tepuh, berkata pihaknya juga mahu memastikan atlet gimnastik dan gimrama wanita bukan beragama Islam yang betul-betul berbakat diberi keutamaan.

Katanya, pihaknya tidak mahu hanya menghantar atlet yang sekadar pelengkap penyertaan semata-mata dan biarlah mampu meraih pingat buat negeri Terengganu.

“Jadi, saya harap isu ini tidak perlu diperbesarkan kerana garis panduan pemakaian sukan patuh syariah hanya tertakluk kepada atlet beragama Islam dan tidak membabitkan atlet bukan beragama Islam di Terengganu,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author