Terkini
Media tempatan label Hamas sebagai pengganas, militan
Memasuki dua minggu perang di Gaza, media tempatan didapati terus mengikuti naratif media barat dan Israel dengan melabelkan pejuang Hamas sebagai kumpulan militan dan pengganas.
- Memasuki dua minggu perang di Gaza, media tempatan didapati terus mengikuti naratif media barat dan Israel dengan melabelkan pejuang Hamas sebagai kumpulan militan dan pengganas.
- Perkara itu ketara dalam kalangan media berbahasa Mandarin dan sebilangan media berbahasa Inggeris ketika kerajaan dan majoriti rakyat Malaysia tidak menyifatkan kumpulan Hamas sebagai pengganas.
- China Press pada 11 Oktober lalu melaporkan “satu keluarga dibunuh kumpulan bersenjata Hamas.”
- “Banyak lagi penduduk yang ditangkap tidak sampai ke Gaza, mati dibunuh kumpulan militan di tengah jalan,” lapor China Press.
- Sekurang-kurangnya 3,785 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara rejim Israel dengan lebih 12,400 cedera sejak 7 Oktober lalu.
- Di pihak Israel, sekurang-kurangnya 1,400 maut dan lebih 4,600 cedera dalam konflik itu yang berpunca dari penjajahan tanah Palestin oleh rejim Israel pada Mei 1948.
KUALA LUMPUR – Memasuki dua minggu perang di Gaza, media tempatan didapati terus mengikuti naratif media barat dan Israel dengan melabelkan pejuang Hamas sebagai kumpulan militan dan pengganas.
Perkara itu ketara dalam kalangan media berbahasa Mandarin dan sebilangan media berbahasa Inggeris ketika kerajaan dan majoriti rakyat Malaysia tidak menyifatkan kumpulan Hamas sebagai pengganas.
Malaysia juga menyokong perjuangan warga Palestin untuk membebaskan tanahnya yang dijajah rejim zionis Israel dan membebaskan Masjid Al-Aqsa.
China Press pada 11 Oktober lalu melaporkan “satu keluarga dibunuh kumpulan bersenjata Hamas.”
Oriental Daily melaporkan kumpulan Yahudi yang memprotes pada BBC kerana enggan memanggil Hamas sebagai pengganas.
Media lain juga melaporkan penduduk Israel dikejar, ditangkap dan dibunuh kumpulan Hamas.
“Seorang lelaki Israel dakwa memandu Tesla, elak dibunuh puluhan militan Hamas,” lapor Sin Chew Daily.
“Banyak lagi penduduk yang ditangkap tidak sampai ke Gaza, mati dibunuh kumpulan militan di tengah jalan,” kata China Press.
Media berbahasa Inggeris pula melabelkan Hamas sebagai militan yang menyerang Israel.
“Apa itu Hamas, kumpulan militan yang menyerang Israel,” lapor The Malaysia Reserve.
Sekurang-kurangnya 3,785 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara rejim Israel dengan lebih 12,400 cedera sejak 7 Oktober lalu.
Di pihak Israel, sekurang-kurangnya 1,400 maut dan lebih 4,600 cedera dalam konflik itu yang berpunca dari penjajahan tanah Palestin oleh rejim Israel pada Mei 1948. – The Merdeka Times