Connect with us

Terkini

(VIDEO) Media punca Islamofobia?

Mengikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2020, 63.5 peratus rakyat Malaysia beragama Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Research And Development MRM

Published

on

Media punca Islamofobia?
Foto: Gambar sekadar hiasan.

Mengikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2020, 63.5 peratus rakyat Malaysia beragama Islam.

Walaupun majoriti rakyat Malaysia beragama Islam, insiden Islamofobia tetap wujud di negara ini. 

Antara punca utama Islamofobia ini wujud di Malaysia adalah kerana wujudnya media yang bias dan membuat laporan tidak benar mengenai Islam.

Sepanjang 2023, terdapat banyak insiden di mana media arus perdana cuba membawa naratif yang menggambarkan agama Islam sebagai agama yang buruk.

  1. Laporan China Press dan Sin Chew Daily, masing-masing pada 19 dan 20 September lalu, melaporkan kenyataan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang dipetik mStar, tentang hukum lelaki Muslim memakai seluar pendek sebagai fasik.

Kedua-dua media berbahasa Mandarin itu berkata “Sekali itu (lelaki Muslim memakai seluar pendek) tidak fasik. Tiga kali, jadi fasik. Dosanya seperti meminum arak”

Namun, petikan sebenar di dalam media mStar adalah “mendedahkan aurat ni, orang laki-laki, sekali itu tidak fasik… tiga kali, jadi fasik kalau pakai seluar pendek. Adapun dosa besar macam meminum arak, sekali minum jadi fasik dah”

Media Bahasa Mandarin meletakkan hukuman dosa memakai seluar pendek sama dengan dosa meminum arak.

2. Pada 2 Julai lalu, China Press sekali lagi menerbitkan sebuah berita yang bertajuk “Tidak puas walaupun sudah berpoligami, lelaki Muslim Lembah Klang paling suka memikat isteri orang”.

Berita China Press itu memetik media Kosmo yang mewawancara Timbalan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Muhammad Hariz Md. Yusoff.

Namun, Hariz telah menolak dakwaan portal China Press dan menghantar emel kepada editor China Press untuk memadamkan berita tersebut.

Setelah dua hari iaitu pada 4 Julai, tajuk berita itu telah berubah dan pautan artikel asal juga tidak dapat dicapai. Namun sehingga kini tiada sebarang permohonan maaf dibuat.

3. Sebuah video yang dikongsikan oleh Oriental Daily News pada 23 Mei lalu menunjukkan penduduk di Kampung Talang, Kuala Kangsar, menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan bedilan meriam “DIY”.

Video itu disertakan dengan muzik latarnya yang menggerunkan seolah-olah seperti berperang. Netizen mempersoalkan tujuan media cina itu menggunakan latar muzik sedemikian yang memberikan gambaran negatif terhadap Islam. 

4. Menurut laporan China Press bertarikh 14 Mei lalu, pendakwah bebas, PU Syed dikatakan membuat kenyataan menuntut semua media sosial disekat dan rakyat dilarang menggunakannya bagi menghalang budaya LGBT menyusup ke Malaysia.

Namun, menurut hantaran PU Syed di Facebooknya, beliau tidak pernah membuat kenyataan sedemikian.

Sebaliknya, beliau berkata “Tiktok, FB, IG, Twitter, Youtube dll.. Semuanya support El Gi Bi Tih, jadi perlukah disekat dan dipulau semua sosmed ini?”.

“Mereka kiaskan dgn isu kumpulan penyanyi dan kumpulan yg bakal hadir ke Malaya Nov ini.. mereka hentam para asatizah dgn mengatakan ustaz² juga jgn gunakan semua medium sosmed ini.. sebab pro el gi bi tih..”

5. Pada Februari lalu, apabila tular isu seorang bekas pemain badminton Malaysia, Bong Guang Yik mengeluarkan kenyataan rasis terhadap Muslim, media tempatan berbahasa Mandarin membuat laporan dengan mengaburkan muka Guang Yik.

Namun, apabila sesuatu isu itu berkaitan dengan Muslim atau Islam, gambar-gambar individu terbabit tidak dikaburkan.

Maka jelaslah, media-media ini bersifat double standard’ apabila memuat naik berita yang dikaitkan dengan permasalahan masyarakat Melayu dan orang Islam.

Apakah niat sebenar media-media ini mengaitkan dan memburuk-burukkan Islam pada setiap isu berbangkit?

Kerana pemberitaan bias seperti inilah yang membuat masyarakat semakin salah faham, malah membenci agama Islam.

Bukankah media yang beretika perlu bertanggungjawab memastikan berita yang disampaikannya itu benar dan telus? 

Apakah kebenaran tidak lagi menjadi satu kepentingan asalkan ia mendapat trafik, views dan reach yang tinggi? – The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak menggambarkan pendirian The Merdeka Times dalam isu yang dikupas

Author