Terkini
(VIDEO) Media bahasa Mandarin mainkan sentimen agama, Islamofobia
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil digesa mengambil tindakan tegas terhadap media bahasa Mandarin, China Press kerana memainkan sentimen agama.

- Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil digesa mengambil tindakan tegas terhadap media bahasa Mandarin China Press kerana memainkan sentimen agama.
- Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung di sebuah video Tik Toknya berkata China Press menerbit sebuah berita pada 2 Julai lalu yang bertajuk “Tidak puas walaupun sudah berpoligami, lelaki Muslim Lembah Klang paling suka memikat isteri orang”.
- “Namun, kami buat double check dengan laporan yang ada di dalam Kosmo dan kami mendapati bahawa di dalam laporan asli Kosmo itu tidak ada disebut pun tentang agama ataupun bangsa dalam laporan itu,” kata Firdaus Wong.
- Firdaus Wong berkata artikel tersebut telah mengundang komen bersifat islamofobik dalam kalangan netizen di Facebook China Press.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil digesa mengambil tindakan tegas terhadap media bahasa Mandarin, China Press kerana memainkan sentimen agama.
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung di sebuah video Tik Toknya berkata China Press menerbitkan sebuah berita pada 2 Julai lalu yang bertajuk “Tidak puas walaupun sudah berpoligami, lelaki Muslim Lembah Klang paling suka memikat isteri orang”.
“Dan di dalam artikel mereka, mereka telah memetik dan mengatakan ini adalah berita yang dipetik daripada media berbahasa Melayu, iaitu Kosmo,” katanya.
Firdaus Wong berkata, berita Kosmo telah mewawancara Timbalan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhammad Hariz Md. Yusoff.
“Namun, kami buat double check dengan laporan yang ada di dalam Kosmo dan kami mendapati di dalam laporan asli Kosmo itu tidak ada disebut pun tentang agama ataupun bangsa dalam laporan itu.
“Dari mana dan kenapa China Press ini dia boleh menjadikan topiknya lelaki Muslim? Kenapa memainkan sentimen agama di situ.”
Firdaus Wong berkata artikel tersebut telah mengundang komen bersifat islamofobik dalam kalangan netizen di Facebook China Press.

Foto: Tangkap layar komen netizen di Facebook China Press
Memberi reaksi atas perkara itu, Timbalan Presiden PPMM, Hariz bukan sahaja menolak dakwaan dan tulisan portal China Press malah beliau juga telah menghantar emel kepada editor China Press untuk memadamkan, membuat pembetulan dan membuat permohonan maaf kerana ini melibatkan sensitiviti agama.
Justeru pendakwah bebas, Firdaus Wong memohon agar Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil untuk melakukan siasatan dan mengambil tindakan yang tegas terhadap China Press.
Semakan The Merdeka Times di Facebook China Press mendapati artikel berkenaan telah dipadamkan dan tajuk artikel asal di portal rasmi China Press telah diubah.

Foto: Tajuk artikel China Press yang telah diubah.
Sumber: Tiktok Firdaus Wong
