Connect with us

Terkini

Masih ada agensi kerajaan belum laksana guna bahasa Melayu sepenuhnya 

Masih terdapat kementerian, jabatan dan agensi yang belum melaksanakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sepenuhnya.

Wartawan TMT

Published

on

Masih ada agensi kerajaan belum laksana guna bahasa Melayu sepenuhnya 
Foto: Ahli Dewan Negara, Profesor Datuk Seri Dr. Awang Sariyan.
  • Masih terdapat kementerian, jabatan dan agensi yang belum melaksanakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sepenuhnya.
  • Ahli Dewan Negara, Profesor Datuk Seri Dr. Awang Sariyan berkata, perkara itu berdasarkan Program Audit Bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak 2013.
  • Beliau berkata, ia melibatkan mesyuarat yang masih dilaksanakan dalam bahasa lain atau bercampur aduk antara bahasa Melayu dengan bahasa lain.
  • “Oleh itu, arahan Perdana Menteri perlu disusuli oleh penjawat awam, khasnya di peringkat pemimpin kementerian, jabatan, agensi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan ketua eksekutif badan swasta. Jika tidak, arahan akan tinggal sebagai arahan,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam. 

PETALING JAYA: Masih terdapat kementerian, jabatan dan agensi yang belum melaksanakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sepenuhnya.

Ahli Dewan Negara, Profesor Datuk Seri Dr. Awang Sariyan berkata, perkara itu berdasarkan Program Audit Bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak 2013.

Beliau yang juga bekas Pe­ngerusi Lembaga Pengelola DBP berkata, ia melibatkan mesyuarat yang masih dilaksanakan dalam bahasa lain atau bercampur aduk antara bahasa Melayu dengan bahasa lain.

“Begitu juga agak banyak penjenamaan institusi dan program kerajaan yang digubal dalam bahasa lain.

“Penggunaan bahasa Mela­yu di tempat awam satu lagi isu besar tentang taraf bahasa Me­layu sebagai bahasa rasmi ke­rana masih banyak bahasa iklan, nama perumahan dan bangunan yang dalam bahasa asing.

“Dalam bidang pendidikan, bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi kian mengecil pe­ranannya kerana nilai rendah yang diberikan kepada bahasa Melayu dalam penerbitan ilmiah dan kuliah.

“Dalam aspek kedua, program Audit Bahasa Melayu menilai mutu bahasa di badan-badan kerajaan, dan mendapati masih terdapat kesilapan bahasa dalam dokumen, paparan di premis pejabat dan di tempat awam.

“Alhamdulillah kedua-dua aspek, iaitu taraf dan mutu bahasa banyak meningkat sebagai kesan program Audit Bahasa Melayu di badan-badan kerajaan,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Beliau ditanya sama ada pihaknya melihat banyak ke­salahan bahasa daripada institusi awam mahupun swasta sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan supaya semua pihak yang mahu mengutus surat rasmi kepada kerajaan diwajibkan menggunakan Bahasa Kebangsaan.

Perdana Menteri memberi peringatan itu kelmarin, terutama pihak dalam kalangan syarikat tempatan atau institusi pengajian tinggi untuk mengutamakan perkara itu.

Beliau menegaskan, sesiapa sahaja menulis selain daripada Bahasa Kebangsaan, surat itu akan dipulangkan semula.

Mengulas lanjut Awang Sariyan berkata, arahan Anwar itu menepati Perkara 152(6) Perlembagaan Persekutuan tentang bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Namun katanya, perlu jelas bahawa maksud bahasa rasmi meliputi semua urusan rasmi secara bertulis dan lisan.

“Dalam urusan bertulis, bukan hanya surat-menyurat bahkan semua dokumen diliputi, seperti pekeliling, minit mesyu­arat, memo, memorandum, laporan dan maklumat peragaan di premis pejabat.

“Urusan rasmi dalam bentuk lisan meliputi mesyuarat, taklimat, perhimpunan, perbinca­ngan, seminar dan forum.

“Oleh itu, arahan Perdana Menteri perlu disusuli oleh penjawat awam, khasnya di peringkat pemimpin kementerian, jabatan, agensi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan ketua eksekutif badan swasta. Jika tidak, arahan akan tinggal sebagai arahan,” katanya. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

Remaja gamer ditabal Saint milenium pertama

Seorang remaja Itali penggemar permainan video bakal ditabalkan sebagai santo (saint) milenium pertama Gereja Katolik selepas usaha penabalannya diluluskan pihak berkuasa gereja, lapor CNN.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Carlo Acutis
  • Seorang remaja Itali penggemar permainan video bakal ditabalkan sebagai santo (saint) milenium pertama Gereja Katolik selepas usaha penabalannya diluluskan pihak berkuasa gereja.
  • Carlo Acutis yang meninggal dunia akibat leukimia pada 2006 ketika berusia 15 tahun terkenal kerana menggunakan kemahiran komputernya menyebarkan Katolik sehingga diberi gelaran “influencer tuhan”.
  • Diiktiraf sebagai santo dalam Gereja Katolik boleh mengambil masa bertahun-tahun, tetapi usaha penabalan Acutis berjalan pantas dengan meningkatnya pengikut setia remaja itu di seluruh dunia.
  • Sering digambarkan memakai jeans dan kasut sukan, kisahnya dilihat membantu Gereja Katolik dalam usaha berhubungan dengan generasi muda era digital dengan populariti dirinya dalam kalangan kumpulan belia Katolik.
  • Acutis yang dilahirkan di London, United Kingdom pada 1991 diingati rakan dan keluarga sebagai seseorang yang menggemari permainan video seperti Halo, Super Mario dan Pokémon.

Seorang remaja Itali penggemar permainan video bakal ditabalkan sebagai santo (saint) milenium pertama Gereja Katolik selepas usaha penabalannya diluluskan pihak berkuasa gereja, lapor CNN.

Carlo Acutis yang meninggal dunia akibat leukimia pada 2006 ketika berusia 15 tahun terkenal kerana menggunakan kemahiran komputernya menyebarkan Katolik sehingga diberi gelaran “influencer tuhan”.

Diiktiraf sebagai santo dalam Gereja Katolik boleh mengambil masa bertahun-tahun, tetapi usaha penabalan Acutis berjalan pantas dengan meningkatnya pengikut setia remaja itu di seluruh dunia.

Sering digambarkan memakai jeans dan kasut sukan, kisahnya dilihat membantu Gereja Katolik dalam usaha berhubungan dengan generasi muda era digital dengan populariti dirinya dalam kalangan kumpulan belia Katolik.

Acutis yang dilahirkan di London, United Kingdom pada 1991 diingati rakan dan keluarga sebagai seseorang yang menggemari permainan video seperti Halo, Super Mario dan Pokémon.

Acutis diisytiharkan ‘diberkati’ pada 2020 selepas keajaiban pertamanya dikatakan menyembuhkan seorang budak lelaki Brazil yang mempunyai kecacatan sejak lahir pada pankreasnya menyebabkan dia tidak boleh makan secara normal.

Budak lelaki itu dilaporkan sembuh selepas ibunya berdoa kepada Acutis untuk campur tangan dan membantu menyembuhkan anaknya.

Keajaiban kedua dikaitkan dengan Acutis berkaitan dengan penyembuhan seorang gadis dari Costa Rica yang mengalami kecederaan kepala selepas terjatuh dari basikalnya di Florence, Itali, tempat dia belajar.

Ibunya dilaporkan berkata dia berdoa untuk pemulihan anak perempuannya di makam Acutis di Assisi. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending