Terkini
Konvoi bantuan menuju ke sempadan Rafah
Konvoi bantuan yang menunggu di bandar El Arish, Mesir kini sedang menuju ke sempadan Rafah untuk melintasi wilayah Palestin di Gaza, kata pegawai-pegawai bantuan.
- Konvoi bantuan yang menunggu di bandar El Arish, Mesir kini sedang menuju ke sempadan Rafah untuk melintasi wilayah Palestin di Gaza, kata pegawai-pegawai bantuan.
- “Kami telah tiba di terminal dan kini sedang menunggu langkah seterusnya,” kata Heba Rashed, yang mengendalikan kumpulan bantuan, Mersal.
- Beberapa pegawai lain memaklumkan beratus-ratus lagi lori dipandu di sepanjang jalan pantai bagi menempuh perjalanan sejauh 40 kilometer menuju ke sempadan Rafah.
- Lintasan sempadan yang dikawal Mesir itu dijangka dibuka semula di tengah-tengah usaha diplomatik untuk menghantar bantuan ke lokasi pengeboman Israel sejak ia melancarkan serangan udara ke atas Gaza.
- Mesir sebelum ini menuduh Israel enggan memberikan kerjasama apabila ia melancarkan beberapa serangan udara yang mengenai kawasan sekitar lintasan Rafah sekali gus memusnahkan struktur bangunan serta jalan raya.
KAHERAH, Mesir – Konvoi bantuan yang menunggu di bandar El Arish, Mesir kini sedang menuju ke sempadan Rafah untuk melintasi wilayah Palestin di Gaza, kata pegawai-pegawai bantuan.
“Kami telah tiba di terminal dan kini sedang menunggu langkah seterusnya,” kata Heba Rashed, yang mengendalikan kumpulan bantuan, Mersal.
Beberapa pegawai lain memaklumkan beratus-ratus lagi lori dipandu di sepanjang jalan pantai bagi menempuh perjalanan sejauh 40 kilometer menuju ke sempadan Rafah.
Lintasan sempadan yang dikawal Mesir itu dijangka dibuka semula di tengah-tengah usaha diplomatik untuk menghantar bantuan ke lokasi pengeboman Israel sejak ia melancarkan serangan udara ke atas Gaza.
Mesir sebelum ini menuduh Israel enggan memberikan kerjasama apabila ia melancarkan beberapa serangan udara yang mengenai kawasan sekitar lintasan Rafah sekali gus memusnahkan struktur bangunan serta jalan raya.
Tentera Zionis menyerang kawasan sekitar lintasan Rafah sekurang-kurangnya tiga kali sejak ia memulakan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza.
Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) dan Israel bersetuju untuk mencari jalan bagi membenarkan bantuan antarabangsa masuk ke Semenanjung Gaza yang disekat, kata Setiausaha Negara, Antony Blinken.
“Atas permintaan kami, AS dan Israel bersetuju untuk membangunkan pelan yang membolehkan bantuan kemanusiaan daripada negara penderma dan organisasi pelbagai hala sampai kepada orang awam di Gaza,” kata Blinken selepas hampir lapan jam berbincang dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Sumber: Kosmo