Connect with us

Terkini

(VIDEO) Kerajaan perlu berjumpa Hamas – Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin

Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) menegaskan ketua negara-negara Islam sepatutnya berjumpa Hamas untuk menunjukkan kebersamaan mereka dalam isu konflik Palestin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Kerajaan perlu berjumpa Hamas – Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin
Foto: Pengarah GSPP, Muhammad Fauzi Asmuni.

KUALA LUMPUR — Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) menegaskan ketua negara-negara Islam sepatutnya berjumpa Hamas untuk menunjukkan kebersamaan mereka dalam isu konflik Palestin.

Pengarah GSPP, Muhammad Fauzi Asmuni berkata perjumpaan dengan Hamas adalah signal penting kepada Barat.

“Mungkin kita tengok (rujuk himpunan Axiata) bahawa PM kita berjumpa Sisi, berjumpa perdana menteri itu dan pimpinan Arab lain, tapi sekadar mendesak dan menyatakan kata-kata semangat, laungan, pekikan dan seumpamanya.

“Paling kurang, sepatutnya (kerajaan) mesti berjumpa dengan Hamas, Paling kurang!, sebenarnya perjumpaan pimpinan-pimpinan negara Islam dengan Hamas adalah satu signal yang penting kepada barat, ”katanya dalam sidang media Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin di Anjung Melayu, di ibu negara, hari ini.

Muhammad Fauzi berkata negara-negara barat tidak membuang masa menunjukkan solidariti kepada Netanyahu dan bertemunya setelah tercetusnya operasi Taufan Al-Aqsa 7 Oktober lalu.

“Tapi signal itu tidak diberikan langsung, kita tak jumpa, dalam persidangan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pun Hamas tidak dipanggil langsung sedangkan merekalah aktor paling besar (dalam hal) ini,” katanya.

Foto: Sidang Media Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP).

Muhammad Fauzi dalam perkongsian perkembangan terkini perang Palestin-Israel turut mengingatkan apabila al-Qassam menyerang Israel tempoh hari, negara-negara Islam sepatutnya ‘sambung belasah’ Israel kerana ada impaknya apabila ia dilewat-lewatkan.

Katanya, kelewatan negara Islam bertindak memberi ruang kepada Israel dengan pertolongan Barat untuk bangkit semula dengan strategi dan operasi baru, membuatkan kita berhadapan dengan situasi tidak dapat diduga tentang apa langkah seterusnya.

Terdahulu, Muhammad Fauzi sebagai Pengarah GSPP telah bertemu Ketua Perhubungan Isu Palestin Luar Negara, Khalid Masy’al yang kini mengetuai pejabat diaspora Hamas, dalam satu kunjungan rasmi di Doha, Qatar 16 Oktober lalu.

GSPP yang dahulunya disertai 13 NGO kini bergerak bersama lebih 47 NGO dengan objektif membawa naratif yang seragam berkenaan isu pembebasan mutlak Palestin dengan strategi dan langkah yang akan diperkemaskan dari masa ke semasa. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *