Connect with us

Terkini

Kerajaan nafi tarik balik konsesi BERNAS – KPKM

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengesahkan kerajaan tidak menarik balik atau membatalkan konsesi Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) yang telah dipersetujui selama 10 tahun bermula 11 Jan 2021 hingga 10 Jan 2031.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan nafi tarik balik konsesi BERNAS - KPKM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengesahkan kerajaan tidak menarik balik atau membatalkan konsesi Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) yang dipersetujui selama 10 tahun bermula 11 Jan 2021 hingga 10 Jan 2031.
  • Dalam kenyataan satu kenyataan menafikan dakwaan penarikan balik lesen beras BERNAS yang tular di aplikasi WhatsApp semalam, KPKM memaklumkan aduan telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan.
  • “Pihak kementerian menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai mesej palsu berkenaan dan perbuatan menyebarkan mesej palsu ini perlu dihentikan,” menurut kenyataan KPKM itu.

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengesahkan kerajaan tidak menarik balik atau membatalkan konsesi Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) yang telah dipersetujui selama 10 tahun bermula 11 Jan 2021 hingga 10 Jan 2031.

Dalam kenyataan satu kenyataan menafikan dakwaan penarikan balik lesen beras BERNAS yang tular di aplikasi WhatsApp semalam, KPKM memaklumkan aduan telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan.

“Pihak kementerian menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai mesej palsu berkenaan dan perbuatan menyebarkan mesej palsu ini perlu dihentikan,” menurut kenyataan KPKM itu.

Pada 3 Dis 2020, kerajaan telah mengumumkan pelanjutan konsesi BERNAS bagi pengedaran beras di negara ini untuk tempoh 10 tahun lagi bermula 11 Jan 2021, selepas konsesi terdahulu tamat pada 10 Jan 2021.

Pelanjutan konsesi itu turut melibatkan penambahbaikan terma baharu dan penambahan bilangan obligasi sosial daripada lima kepada 10, antaranya memelihara, menyelenggara, mengurus dan mengekalkan stok penimbal beras negara pada paras kuantiti ditetapkan kerajaan; bertindak sebagai pembeli terakhir padi daripada petani serta pengurusan dan pembayaran subsidi kepada petani.

Mengenai dakwaan penguatkuasaan tidak dijalankan, KPKM berkata Operasi Bersepadu Beras Putih Tempatan (OP BPT) sedang berjalan dan sehingga kini dua kilang telah disita dan disiasat di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).

Op BPT mula dilaksanakan pada 16 Ogos lepas, dengan diketuai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin.

Operasi yang memberi fokus kepada pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap kilang padi komersial dan pemborong beras itu melibatkan kerjasama dengan pelbagai agensi antaranya Kawalselia Padi dan Beras, Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Polis Diraja Malaysia. 

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *