Connect with us

Antarabangsa

Israel-Hamas diseru gencatan senjata selama dua minggu di Gaza – PBB

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mendesak Israel dan Hamas bersetuju dengan gencatan senjata kemanusiaan selama dua minggu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Israel-Hamas diseru gencatan senjata selama dua minggu di Gaza – PBB
Foto: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.
  • Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mendesak Israel dan Hamas bersetuju dengan gencatan senjata kemanusiaan selama dua minggu.
  • Tempoh gencatan itu akan membolehkan badan dunia itu mendapatkan akses bahan bakar, bekalan air, makanan dan ubat-ubatan kepada penduduk Palestin di Gaza.
  • Desakan ini dibuat ketika sidang media bersama Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry di Kaherah.
  • Mesir dan Israel pada Rabu, mencapai persetujuan untuk membenarkan bantuan memasuki wilayah Palestin menerusi sempadan Rafah.

KAHERAH – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mendesak Israel dan Hamas bersetuju dengan gencatan senjata kemanusiaan selama dua minggu.

Tempoh gencatan itu akan membolehkan badan dunia itu mendapatkan akses bahan bakar, bekalan air, makanan dan ubat-ubatan kepada penduduk Palestin di Gaza.

Desakan ini dibuat ketika sidang media bersama Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry di Kaherah.

“Dalam bencana kemanusiaan ini, saya menyeru dua tindakan kemanusiaan segera.

“Kepada Hamas, untuk melepaskan tahanan tanpa syarat dengan segera. Kepada Israel, untuk membenarkan akses kemanusiaan tanpa had dengan segera bagi memberi bantuan keperluan asas penduduk di Gaza,” katanya.

Mesir dan Israel pada Rabu, mencapai persetujuan untuk membenarkan bantuan memasuki wilayah Palestin menerusi sempadan Rafah.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *