Connect with us

Terkini

Hentikan budaya bersekongkol dengan sindiket – Pengarah JSJ

“Change! or you’ll be changed, aku minta korang kerja (dengan betul) aku tak minta duit aku minta kerja,” demikian amaran keras Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain terhadap anggota polis yang mungkin bersekongkol dengan sindiket jenayah untuk habuan peribadi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Hentikan budaya bersekongkol dengan sindiket – Pengarah JSJ
Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Change! or you’ll be changed, aku minta korang kerja (dengan betul) aku tak minta duit aku minta kerja”, demikian amaran keras Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain terhadap anggota polis yang mungkin bersekongkol dengan sindiket jenayah untuk habuan peribadi.
  • Mohd Suhahily berkata ini berikutan wujud insiden di mana terdapat pegawai yang sanggup mengorbankan nyawa rakan setugas demi imbuhan wang daripada sindiket dengan memberikan maklumat salah dalam sesuatu operasi.
  • Katanya, ketiadaan penyeliaan daripada peringkat bawah bagi memantau cara hidup pegawai dan anggota bawahan juga memudahkan kelompok itu ‘menjual’ integriti demi duit.
  • “Sebab apa? Tak ada penyeliaan di bawah untuk menjaga tengok budak-budak ini macam mana cara hidup dia. Tak ada! Satu sarjan boleh pakai Alphard, boleh pakai Vellfire, boleh pakai Mercedes ada kau bertanya. 
  • “Pengisytiharan harta buat? Benda itu semua dah ada dah dalam kita punya arahan macam Datuk Suresh cakap, the system is perfect, is just us,” katanya menerusi satu klip video dikongsikan Facebook Jabatan Siasatan Jenayah pada Sabtu.

KUALA LUMPUR — “Change! or you’ll be changed, aku minta korang kerja (dengan betul) aku tak minta duit aku minta kerja,” demikian amaran keras Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain terhadap anggota polis yang mungkin bersekongkol dengan sindiket jenayah untuk habuan peribadi.

Mohd Suhahily berkata ini berikutan wujud insiden di mana terdapat pegawai yang sanggup mengorbankan nyawa rakan setugas demi imbuhan wang daripada sindiket dengan memberikan maklumat salah dalam sesuatu operasi.

Katanya, ketiadaan penyeliaan daripada peringkat bawah bagi memantau cara hidup pegawai dan anggota bawahan juga memudahkan kelompok itu ‘menjual’ integriti demi duit.

“Korang sanggup jual nyawa rakan korang kerana duit imbuhan yang tak seberapa yang kau dapat daripada sindiket dalam erti kata lain dalam pasukan ini kelak ada yang membunuh antara satu sama lain sebabkan duit.

“Sebab apa? Tak ada penyeliaan di bawah untuk menjaga tengok budak-budak ini macam mana cara hidup dia. Tak ada! Satu sarjan boleh pakai Alphard, boleh pakai Vellfire, boleh pakai Mercedes ada kau bertanya. 

“Pengisytiharan harta buat? Benda itu semua dah ada dah dalam kita punya arahan macam Datuk Suresh cakap, the system is perfect, is just us,” katanya menerusi satu klip video dikongsikan Facebook Jabatan Siasatan Jenayah pada Sabtu.

Difahamkan, beliau berkata demikian dalam Majlis Amanat Pengarah JSJ yang dihadiri semua Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD)  di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Beliau turut memberi amaran kepada semua 130 KBSJD yang gagal menjalankan tugas mengikut arahan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Siapa-siapa di antara 130 orang KBSJD yang sedia ada di sini masih gagal mengikut apa jua arahan korang bukan sahaja aku akan tukarkan keluar aku akan ‘put a note there: not recommended for any higher rank’, because kau tak layak diberikan tanggungjawab untuk menyelia orang lain dengan pangkat lebih tinggi . 

“Pangkat sedia ada pun kau tak boleh buat. Why should I promote you and recommended you for promotion?” katanya.

Mohd Suhahily berharap semua pegawai dan anggota jabatan daripada pelbagai peringkat dapat melaksanakan tugas dengan cara yang betul, termasuk menghentikan budaya bersekongkol dengan sindiket. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Jabatan Siasatan Jenayah

Author