Antarabangsa
Erdogan tidak iktiraf LGBT, berikrar perangi ideologi songsang
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada 7 Oktober lalu menegaskan beliau tidak akan ‘mengiktiraf LGBT’ dan berikrar untuk memerangi aliran ‘songsang’ itu.

- Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada 7 Oktober lalu menegaskan beliau tidak akan ‘mengiktiraf LGBT’ dan berikrar untuk memerangi aliran ‘songsang’ itu.
- Erdogan berkata ideologi songsang itu akan ditentang kerana ia bertujuan memusnahkan institusi kekeluargaan di negara itu.
- Kerajaan Turkiye diketuai Erdogan dan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang menonjolkan dasar Islam mengukuhkan penolakan mereka terhadap kumpulan hak LGBTI+, lebih-lebih lagi semasa kempen pilihan raya pada Mei lalu.
- Homoseksualiti bukan jenayah di Turkiye tetapi penentangan terhadapnya semakin meningkat dan pihak polis semakin tegas terhadap perarakan kelompok songsang Pride.
- Bercakap pada Kongres AKP di Ankara, Erdogan, yang sering melabel ahli komuniti LGBTI+ sebagai “songsang” berkata, partinya mahupun sekutu sayap kanan AKP, Parti Gerakan Nasionalis (MHP) tidak mengiktiraf komuniti LGBTI+.
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada 7 Oktober lalu menegaskan beliau tidak akan ‘mengiktiraf LGBT’ dan berikrar untuk memerangi aliran ‘songsang’ itu.
Erdogan berkata ideologi songsang itu akan ditentang kerana ia bertujuan memusnahkan institusi kekeluargaan di negara itu.
Kerajaan Turkiye diketuai Erdogan dan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang menonjolkan dasar Islam mengukuhkan penolakan mereka terhadap kumpulan hak LGBTI+, lebih-lebih lagi semasa kempen pilihan raya pada Mei lalu.
Homoseksualiti bukan jenayah di Turkiye tetapi penentangan terhadapnya semakin meningkat dan pihak polis semakin tegas terhadap perarakan kelompok songsang Pride.
Bercakap pada Kongres AKP di Ankara, Erdogan, yang sering melabel ahli komuniti LGBTI+ sebagai “songsang” berkata, partinya mahupun sekutu sayap kanan AKP, Parti Gerakan Nasionalis (MHP) tidak mengiktiraf komuniti LGBTI+.
“Kami tidak mengiktiraf LGBT. Sesiapa yang mengiktiraf LGBT boleh pergi berarak bersama mereka. Kami adalah ahli berstruktur yang berpegang kepada institusi kekeluargaan yang kukuh, yang tegas mendakap institusi kekeluargaan.
“Kami akan mengeringkan akar umbi tindakan licik bertujuan memusnahkan institusi kekeluargaan yang menyokong aliran politik, sosial dan individu songsang,” kata Erdogan kepada puluhan ribu penyokong yang bersorak dan mengibarkan bendera Turkiye.
Pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York bulan lalu, Erdogan menyatakan ketidak selesaannya terhadap penggunaan “warna LGBT” di bangunan PBB yang pada ketika itu dihiasi warna-warna terang, yang dikatakan bertujuan mempromosikan ‘Matlamat Pembangunan Mampan’.
Sumber: Duvar English
