Terkini
Dilihat cuba wujud persepsi negatif pejuang Hamas, Netizen kecam media tempatan bahasa Mandarin
Media tempatan bahasa Mandarin, Sin Chew Daily dikritik netizen kerana melaporkan berita memetik laporan media antarabangsa yang dilihat mewujudkan persepsi negatif terhadap pejuang Hamas dalam isu konflik Israel-Palestin.
- Media tempatan bahasa Mandarin, Sin Chew Daily dikritik netizen kerana melaporkan berita memetik laporan media antarabangsa yang dilihat mewujudkan persepsi negatif terhadap pejuang Hamas dalam isu konflik Israel-Palestin.
- Sin Chew Daily pada 24 Oktober lalu melaporkan “Tahanan Israel dilepaskan, ‘dipukul dalam terowong, ibarat neraka’”.
- Media tempatan berbahasa Mandarin itu memetik CNN dan media UK yang melaporkan pengalaman tahanan bernama Yocheved Lifshitz yang ditawan pejuang Hamas.
- Pada masa sama, Sin Chew Daily melaporkan Lifshitz berkata tahanan Hamas dijaga doktor dan dibekalkan keperluan harian mereka.
- Tajuk berita yang menggambarkan tahanan dilayan teruk itu telah dikritik netizen yang membaca laporan di mana pejuang Hamas memberi layanan baik kepada tahanan.
Media tempatan bahasa Mandarin, Sin Chew Daily dikritik netizen kerana melaporkan berita memetik laporan media antarabangsa yang dilihat mewujudkan persepsi negatif terhadap pejuang Hamas dalam isu konflik Israel-Palestin.
Sin Chew Daily pada 24 Oktober lalu melaporkan “Tahanan Israel dilepaskan, ‘dipukul dalam terowong, ibarat neraka’”.
Media tempatan berbahasa Mandarin itu memetik CNN dan media UK yang melaporkan pengalaman tahanan bernama Yocheved Lifshitz yang ditawan pejuang Hamas.
Pada masa sama, Sin Chew Daily melaporkan Lifshitz berkata tahanan Hamas dijaga doktor dan dibekalkan keperluan harian mereka.
Tajuk berita yang menggambarkan tahanan dilayan teruk itu telah dikritik netizen yang membaca laporan di mana pejuang Hamas memberi layanan baik kepada tahanan.
“Berita yang wujudkan persepsi guna tajuk, tetapi kandungan lain, memalukan,” kata netizen.
“Sin Chew jangan suka hati lapor. Maklumat kamu CNN yang bagi ke?” komen netizen lain.
“Media barat ~ putarbelit fakta, buat berita palsu; Sin Chew Daily ~ Pengarang pro-Amerika, salin berita palsu,” kata netizen.
Terdapat netizen yang mempersoalkan di mana hati nurani wartawan di media terbabit.
“Sin Chew ah Sin Chew, di mana hati nurani anda? Di mana hati nurani wartawan?” tanya netizen.
“Jahat tajuk berita, pengarang ni Yahudi ke?” komen netizen. – The Merdeka Times
Sumber: Sin Chew Daily