Connect with us

Terkini

Berkasih dengan isteri orang, lelaki bukan Islam diperintah ganti rugi RM30,000

Seorang lelaki bukan Islam diperintah oleh mahkamah membayar ganti rugi kepada suami kekasihnya kerana memecah belahkan rumah tangga pasangan itu.

Wartawan TMT

Published

on

Berkasih dengan isteri orang, lelaki bukan Islam diperintah ganti rugi RM30,000
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang lelaki bukan Islam diperintah oleh mahkamah membayar ganti rugi kepada suami kekasihnya kerana memecah belahkan rumah tangga pasangan itu.
  • Lelaki berusia 26 tahun dari Baling, Kedah didapati berzina dengan isteri orang berusia 32 tahun sehingga melahirkan anak.
  • Perintah itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Mahazan Mat Taib selepas membenarkan petisyen balas difailkan suami wanita tersebut.
  • Katanya, jumlah ganti rugi tersebut munasabah dengan mengambil kira perlakuan negatif wanita dan lelaki berkenaan.
  • “Mahkamah memandang serius perlakuan curang yang dilakukan tersebut kerana ia telah menjejaskan kehidupan rumah tangga. Ganti rugi sebanyak RM30,000 perlu dibayar kepada responden iaitu suami sebagai satu pengajaran kepada masyarakat umum,” katanya.

ALOR SETAR: Seorang lelaki bukan Islam diperintah oleh mahkamah membayar ganti rugi kepada suami kekasihnya kerana memecah belahkan rumah tangga pasangan itu.

Lelaki berusia 26 tahun dari Baling, Kedah didapati berzina dengan isteri orang berusia 32 tahun sehingga melahirkan anak.

Perintah itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Mahazan Mat Taib selepas membenarkan petisyen balas difailkan suami wanita tersebut.

Terdahulu Hakim Mahazan dalam penghakimannya berkata, mahkamah memandang serius perbuatan curang dan penzinaan sehingga menjadi punca keretakan rumah tangga.

Katanya, jumlah ganti rugi tersebut munasabah dengan mengambil kira perlakuan negatif wanita dan lelaki berkenaan.

“Mahkamah memandang serius perlakuan curang yang dilakukan tersebut kerana ia telah menjejaskan kehidupan rumah tangga. Ganti rugi sebanyak RM30,000 perlu dibayar kepada responden iaitu suami sebagai satu pengajaran kepada masyarakat umum,” katanya.

Dalam prosiding itu, peguam Nurin Nasuha Ahmad Sobri dari Amnach & Co. bertindak bagi pihak wanita tersebut manakala peguam Opat Aisin dari Opat & Co. mewakili pemandu treler terbabit selaku responden.

Sementara itu, Opat ketika dihubungi memberitahu, wanita tersebut sebelum ini memfailkan petisyen perceraian tunggal ke atas anak guamnya di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

Katanya, selepas itu, pemandu treler berusia 38 tahun dan berasal dari Sik memfailkan petisyen balas dengan menamakan lelaki yang berasal dari Baling sebagai pihak dalam prosiding kerana mendakwa berlaku curang dengan isterinya.

“Selepas petisyen balas diserahkan, lelaki berkenaan dan isteri kepada anak guam saya telah keluar dari negara ini dan tidak hadir pada prosiding hari ini. Mereka juga tidak menjawab petisyen balas,” katanya.

Katanya, pihaknya telah menyerahkan beberapa bukti kepada mahkamah termasuk gambar daripada laman sosial Facebook milik ahli keluarga lelaki yang berlaku curang tersebut.

Opat berkata, di bawah perkahwinan sivil, mahkamah mempunyai budi bicara untuk memerintahkan pihak yang didapati berzina dengan pasangan suami isteri agar membayar ganti rugi sebagai teladan kepada masyarakat.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pentadbiran Islam di Malaysia tidak tindas, paksa mana-mana pihak tukar agama

Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
  • Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
  • Muhamad Rozaimi menegaskan rumah-rumah ibadat kelompok bukan Islam juga tidak pernah diganggu di negara Islam ini.
  • Sebaliknya, beliau merasakan usaha dakwah lebih sukar dilaksanakan di Malaysia walaupun ia negara Islam.
  • “…Walaupun sebutan saya ini akan menyebabkan sedikit terguris kepada pentadbiran agama tapi saya kena sebut, kadang-kadang nak berdakwah agama Islam dalam negara ini lebih sukar daripada nak menyebarkan agama bukan Islam.
  • “Kerana agama bukan Islam, Kristian, Hindu, Buddha tidak pernah disyaratkan nak berceramah di tempat mereka, di tempat ibadat mereka mesti mengambil tauliah tetapi di negeri-negeri Islam ini perlu mengambil tauliah.
  • “14 negeri 14 tauliahlah kena ambil walaupun negara ini adalah negara umat Islam ataupun negara Islam,” katanya menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Fasiskah Bumiputera di Malaysia?’ yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini pada Isnin malam.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan sama ada ciri-ciri fasis kelihatan dalam pentadbiran agama Islam di negara ini dan mengapa saat ini masih ramai yang beranggapan menegakkan syariat Islam adalah fasisme.

KUALA LUMPUR — Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.

Muhamad Rozaimi menegaskan rumah-rumah ibadat kelompok bukan Islam juga tidak pernah diganggu di negara Islam ini.

Sebaliknya, beliau merasakan usaha dakwah lebih sukar dilaksanakan di Malaysia walaupun ia negara Islam.

“…Walaupun sebutan saya ini akan menyebabkan sedikit terguris kepada pentadbiran agama tapi saya kena sebut, kadang-kadang nak berdakwah agama Islam dalam negara ini lebih sukar daripada nak menyebarkan agama bukan Islam.

“Kerana agama bukan Islam, Kristian, Hindu, Buddha tidak pernah disyaratkan nak berceramah di tempat mereka, di tempat ibadat mereka mesti mengambil tauliah tetapi di negeri-negeri Islam ini perlu mengambil tauliah.

“14 negeri 14 tauliahlah kena ambil walaupun negara ini adalah negara umat Islam ataupun negara Islam,” katanya menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Fasiskah Bumiputera di Malaysia?’ yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini pada Isnin malam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan sama ada ciri-ciri fasis kelihatan dalam pentadbiran agama Islam di negara ini dan mengapa saat ini masih ramai yang beranggapan menegakkan syariat Islam adalah fasisme.

Program terbitan Merdeka Studio itu turut menampilkan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dan peguam, Tai Zee How atau lebih dikenali sebagai ‘Apek Cina’ sebagai panel utama.

Mengulas lanjut, Muhamad Rozaimi menjelaskan kenyataannya itu bukan untuk mempertikaikan perkara terbabit, tetapi dalam hal sedemikian kemudahan dan kebebasan diberikan kepada kelompok bukan Islam.

“Saya bukan nak pertikai cuma kemudahan itu diberi kebebasan itu diberi… tauliah itu sebenarnya diperlukan untuk mengawal daripada ajaran-ajaran sesat itu daripada disebarkan dengan tidak berdisiplin,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending