Connect with us

Terkini

Bahasa kolokial, dialek perlu dipertahan agar tidak pupus – Menteri Perpaduan Negara

Penggunaan bahasa kolokial (bahasa percakapan atau bahasa basahan) dan bahasa dialek dalam kalangan masyarakat perlu dipertahankan agar tidak berlaku kepupusan dek arus kemodenan dan kecanggihan teknologi.

Wartawan TMT

Published

on

Bahasa kolokial, dialek perlu dipertahan agar tidak pupus - Menteri Perpaduan Negara
Foto: Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang (kanan).
  • Penggunaan bahasa kolokial (bahasa percakapan atau bahasa basahan) dan bahasa dialek dalam kalangan masyarakat perlu dipertahankan agar tidak berlaku kepupusan dek arus kemodenan dan kecanggihan teknologi.
  • Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata pengaruh media sosial antara faktor yang boleh mempengaruhi penggunaan bahasa kolokial yang semakin menipis dalam kalangan generasi muda.
  • Beliau berkata perkara sebegini seharusnya tidak berlaku kerana keberdayaan sesuatu bahasa itu akan terkesan dari penggunaan bangsa yang menuturkannya.
  • “Justeru, perkara ini tidak boleh dipandang remeh dan perlu diambil tindakan yang sewajarnya,” katanya dalam ucapan pada program Bicara Bahasa Kolokial: Melestarikan Keberdayaan Bahasa Komuniti “Moh Labun Loghat Perak” di sini semalam.

IPOH: Penggunaan bahasa kolokial (bahasa percakapan atau bahasa basahan) dan bahasa dialek dalam kalangan masyarakat perlu dipertahankan agar tidak berlaku kepupusan dek arus kemodenan dan kecanggihan teknologi.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata pengaruh media sosial antara faktor yang boleh mempengaruhi penggunaan bahasa kolokial yang semakin menipis dalam kalangan generasi muda.

Beliau berkata perkara sebegini seharusnya tidak berlaku kerana keberdayaan sesuatu bahasa itu akan terkesan dari penggunaan bangsa yang menuturkannya

“Natijahnya, penggunaan bahasa natif ini akan semakin berkurangan dan berlaku dalam kelompok yang kecil sahaja sehingga lama-kelamaan menyebabkan ia akan pupus dan hilang jati dirinya.

“Justeru, perkara ini tidak boleh dipandang remeh dan perlu diambil tindakan yang sewajarnya,” katanya dalam ucapan pada program Bicara Bahasa Kolokial: Melestarikan Keberdayaan Bahasa Komuniti “Moh Labun Loghat Perak” di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Azman Mohd Yusof.

Program anjuran Arkib Negara Malaysia turut dihadiri Ketua Pengarahnya, Datuk Jaafar Sidek Abdul Rahman.

Program itu bertujuan memberi pendedahan mengenai penggunaan bahasa kolokial dalam masyarakat tempatan di Perak.

Dalam pada itu, Aaron Ago berkata kedudukan negeri Perak yang strategik dan bersempadan dengan banyak negeri antaranya Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Selangor, Selat Melaka serta Selatan Thailand yang menyumbang kepada perkongsian budaya dan penggunaan dialek yang hampir sama dengan negeri yang bersempadan tersebut.

“Justeru, tidak hairanlah bahasa kolokial yang digunakan oleh penduduk setempat telah diresapi oleh dialek negeri yang bersempadan contohnya dialek Pattani di daerah Hulu Perak serta Larut Matang dan Selama, dialek Kedah di Taiping dan kawasan ke utara serta dialek Selangor di daerah Ipoh dan ke selatan.

“Bahasa pertuturan Perak yang asli adalah bahasa dialek yang dituturkan oleh penduduk di Kuala Kangsar dan Perak Tengah. Faktor geografi atau muka bumi, migrasi, sejarah dan demografi juga memainkan peranan penting dalam penggunaan bahasa yang dituturkan.

“Bahasa pertuturan yang digunakan memainkan peranan penting dalam pengukuhan sikap toleransi dan jalinan silaturahim yang seterusnya memperteguh ikatan perpaduan antara kaum yang menghuni di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Aaron Ago berkata usaha yang dilaksanakan Arkib Negara Malaysia dalam mendokumentasikan bahasa kolokial merupakan satu daripada usaha murni bagi memasyarakatkan warisan negara supaya ia dapat kekal dirujuk dan dihayati generasi akan datang.

“Namun begitu, Arkib Negara Malaysia tidak seharusnya memikul tanggungjawab secara bersendirian malah semua pihak perlu berganding bahu bersama-sama membantu dan bekerjasama dengan jabatan ini sama ada sebagai pertubuhan, perkumpulan, persatuan mahupun orang perseorangan.

“Bersama-samalah kita berkolaborasi menjayakan program intelektual yang mengangkat kepelbagaian budaya agar kelestarian dan keberdayaan khazanah warisan negara terus kekal dan relevan demi memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat,” katanya. — BERNAMA

Sumber: Astro Awani

Author

Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending