Connect with us

Terkini

Ada keperluan undang-undang berkaitan keganasan ditambah baik

Kementerian Luar melihat wujud keperluan untuk menambah baik undang-undang berkaitan keganasan, seperti Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 dan Akta Langkah-langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara (SMATA) 2015 bagi mendepani cabaran ancaman keganasan di negara ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ada keperluan undang-undang berkaitan keganasan ditambah baik
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Luar melihat wujud keperluan menambah baik undang-undang berkaitan keganasan, seperti Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 dan Akta Langkah-langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara (SMATA) 2015 bagi mendepani cabaran ancaman keganasan di negara ini.
  • Timbalan Menterinya, Datuk Mohamad Alamin, berkata Kementerian Luar sedia memberi pandangan dan nasihat kepada mana-mana kementerian yang berhasrat meminda akta sedia ada.
  • “Kementerian Luar akan memudahkan agensi kerajaan yang terbabit (untuk membuat penambahbaikan),” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
  • Beliau menjawab soalan tambahan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) sama ada kerajaan berhasrat meneliti dan menambah baik undang-undang berkaitan keganasan, seperti POTA dan SMATA.

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar melihat wujud keperluan untuk menambah baik undang-undang berkaitan keganasan, seperti Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 dan Akta Langkah-langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara (SMATA) 2015 bagi mendepani cabaran ancaman keganasan di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Mohamad Alamin, berkata Kementerian Luar sedia memberi pandangan dan nasihat kepada mana-mana kementerian yang berhasrat meminda akta sedia ada.

“Kita melihat ada keperluan itu. Akta berkenaan (POTA dan SMATA) adalah di bawah kementerian lain, sama ada Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Kementerian Luar akan memudahkan agensi kerajaan yang terbabit (untuk membuat penambahbaikan),” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) sama ada kerajaan berhasrat meneliti dan menambah baik undang-undang berkaitan keganasan, seperti POTA dan SMATA.

Sementara itu, menjawab soalan asal Howard Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) mengenai keberkesanan Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) dari Januari 2018 hingga Ogos lalu, Mohamad memaklumkan, sebanyak 116 program dilaksanakan pusat itu, yang memberi manfaat kepada 4,886 peserta daripada pelbagai kumpulan sasar.

Antaranya pegawai kerajaan, penguatkuasa undang-undang dan masyarakat awam, terdiri daripada ahli akademik, belia, pelajar universiti dan organisasi masyarakat sivil (CSO) dari dalam dan luar negara.

“Program ini berjaya meningkatkan pengetahuan dan keupayaan peserta dalam bidang pencegahan keganasan, selain membentuk kerjasama dengan pelbagai organisasi, termasuk agensi peneraju dalam bidang menentang keganasan, pihak swasta, institusi pendidikan, pertubuhan pemikir dan CSO,” katanya.

Beliau berkata, SEARCCT akan terus menggiatkan usaha untuk merancang dan melaksanakan program yang sentiasa peka dengan perkembangan semasa, selain mengukuhkan kerjasama dengan organisasi berkaitan pencegahan keganasan.

Sumber: Berita Harian

Author