Connect with us

Terkini

(VIDEO) Speaker Dewan Rakyat tolak usul bincang DNAA Zahid Hamidi 

Usul tergempar dikemukakan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bagi mendapatkan penjelasan peguam negara berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid Hamidi ditolak.

Wartawan TMT

Published

on

(VIDEO) Speaker Dewan Rakyat tolak usul bincang DNAA Zahid Hamidi 
Foto: Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul.
  • Usul tergempar dikemukakan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bagi mendapatkan penjelasan peguam negara berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid Hamidi ditolak.
  • Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mengesahkan usul itu ditolak selepas diminta mengesahkan sama ada usul diterima atau ditolak oleh Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin dan Wan Fahysal.
  • “Usul telah ditolak. (Tetapi) saya nak bagi ruang (Ahli Parlimen Machang berucap) sebab usul (itu) ditolak dan saya bagi ruang kepada dia cakap sekejap lagi,” katanya. 
  • Pada 8 Sept, usul tergempar dikemukakan Wan Fayhsal di Dewan Rakyat bagi mendapatkan penjelasan peguam negara berhubung keputusan Zahid dilepaskan, minggu lalu.

KUALA LUMPUR: Usul tergempar dikemukakan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bagi mendapatkan penjelasan peguam negara berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid Hamidi ditolak.

Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mengesahkan usul itu ditolak selepas diminta mengesahkan sama ada usul diterima atau ditolak oleh Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin dan Wan Fahysal.

“Usul telah ditolak. (Tetapi) saya nak bagi ruang (Ahli Parlimen Machang berucap) sebab usul (itu) ditolak dan saya bagi ruang kepada dia cakap sekejap lagi.

“Cuma sabar. Kamu (Hamzah), tidak tahu apa yang ada dalam kepala saya ini,” katanya mempengerusikan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijadualkan mengemukakan usul khas bagi kelulusan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi tempoh 2023-2025.

Johari berkata, selepas pembentangan usul khas Anwar, Wan Fayhsal dibenarkan untuk berucap mengenai usulnya yang ditolak itu.

Terdahulu, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan meminta Johari membenarkan usul ketua Pemuda Bersatu itu dibincangkan dahulu sebelum memulakan usul khas yang akan dibentangkan perdana menteri.

Advertisement

Bagaimanapun, Johari tidak membenarkannya dan meminta usul khas dibentangkan terlebih dulu.

Pada 8 Sept, usul tergempar dikemukakan Wan Fayhsal di Dewan Rakyat bagi mendapatkan penjelasan peguam negara berhubung keputusan Zahid dilepaskan, minggu lalu.

Wan Fayhsal berkata, beliau memohon sidang Dewan Rakyat ditangguhkan mengikut Perkara 18 (1) dan (2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat untuk memberi laluan kepada usul itu.

Minggu lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Zahid daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, dan pengubahan wang membabitkan dana Yayasan Akalbudi; selepas timbalan pendakwa raya memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap beliau pada peringkat itu.

Sumber: Free Malaysia Today

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Terkini

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Hidayah Sani

Published

on

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 
  • Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
  • Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India. 

KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.

Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.

Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya? 

“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini. 

“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.

Advertisement

Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.

Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini. 

Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara. 

“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal. 

“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia. 

“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina. 

Advertisement

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.

King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending