Connect with us

Terkini

Tidak mampu bayar komisen tinggi, pengilang padi ditanggung pihak ‘cuci duit’?

Terdapat dua senario didakwa melanda industri padi dan beras di Malaysia di mana kemungkinan wujudnya kilang-kilang besar ingin memonopoli industri dan adanya pihak melakukan pemutihan wang dengan memberi duit kepada pengilang untuk membayar komisen tinggi dikenakan ‘orang tengah’.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
alea21

Published

on

Tidak mampu bayar komisen tinggi, pengilang padi ditanggung pihak ‘cuci duit’?
Foto: Pengerusi Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM), Mohamad Termizi Yop.
  • Terdapat dua senario didakwa melanda industri padi dan beras di Malaysia di mana kemungkinan wujudnya kilang-kilang besar ingin memonopoli industri dan adanya pihak melakukan pemutihan wang dengan memberi duit kepada pengilang untuk membayar komisen tinggi dikenakan ‘orang tengah’.
  • Pengerusi Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM), Mohamad Termizi Yop berkata sekalipun pengilang mengeluh kerana berdepan kerugian dengan kadar komisen tinggi itu, namun mereka seolah-olah perlu akur untuk mendapatkan bekalan padi.
  • Tanpa menamakan mana-mana pihak, Termizi berkata ‘orang tengah’ wujud sejak puluhan tahun lalu, bagaimanapun tiga bulan kebelakangan ini impaknya paling ketara ketika harga tawaran belian padi dinaikkan.
  • “Dan kita kata secara logik akal lah takkan kilang nak keluarkan sampai 70 hingga 80 juta untuk komisen semata-mata sedangkan kilang rugi dan beras tempatan tiada kenaikan harga masih kekal RM2.60 sekilogram melainkan beras import diapung.
  • “Kenapa kilang sanggup membeli padi yang tinggi tapi dalam masa sama mengeluh menanggung kerugian sekiranya beras tidak naik harga sebab kerajaan tidak benarkan naik harga.. Itu sebab saya kata tadi kemungkinan ada orang tengah ataupun kartel yang sanggup membayar komisen ini, kilang nak padi sahajalah,” katanya kepada The Merdeka Times, baru-baru ini.
  • Mengikut logik akal, kilang tidak akan sanggup mengeluarkan kos puluhan juta untuk membayar komisen semata-mata, sedangkan kilang rugi ketika beras tempatan tiada kenaikan harga dan masih kekal RM2.60 sekilogram.

KUALA LUMPUR — Terdapat dua senario didakwa melanda industri padi dan beras di Malaysia di mana kemungkinan wujudnya kilang-kilang besar ingin memonopoli industri dan adanya pihak melakukan pemutihan wang dengan memberi duit kepada pengilang untuk membayar komisen tinggi dikenakan ‘orang tengah’.

Pengerusi Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM), Mohamad Termizi Yop berkata sekalipun pengilang mengeluh kerana berdepan kerugian dengan kadar komisen tinggi itu, namun mereka seolah-olah perlu akur untuk mendapatkan bekalan padi.

Tanpa menamakan mana-mana pihak, Termizi berkata ‘orang tengah’ wujud sejak puluhan tahun lalu, bagaimanapun tiga bulan kebelakangan ini impaknya paling ketara ketika harga tawaran belian padi dinaikkan.

“Saya di persatuan mengesyaki satu sahaja akan ada dua perkara di sini iaitu mungkin kilang-kilang besar ini nak monopoli industri padi dan beras dan keduanya ada mana-mana individu yang nak buat pemutihan wang dengan memberi wang kepada pengilang untuk membayar komisen yang tinggi.

“Sebabnya daripada RM1,450 lagi kementerian menilai lagi harga itu tinggi sepatutnya diturunkan sehingga hari ini RM1,750, mana tahu esok RM1,800.. Harga itu naik dalam tempoh tiga bulan sahaja cepat sangat, selalunya paling tinggi pun RM1,350 bila diperhatikan RM1,450 lepas itu naik lagi RM1,650 naik lagi RM1,750 mungkin esok lusa naik lagi RM1,800 atau RM1,900. 

“Tapi pengilang dia mengeluh dia rugi, dah tahu rugi pergi beli (padi) buat apa? Itu yang kita pelik, dia kata dia rugi tapi kenapa dia masih lagi seolah-olah perlu akur dengan harga tersebut untuk mendapatkan bekalan padi?” katanya kepada The Merdeka Times, baru-baru ini.

Termizi tidak menolak kemungkinan bukan pengilang sebenar-benarnya menanggung kos itu, sebaliknya ada ‘orang tengah’ ataupun kartel yang membayar komisen dikenakan untuk mencuci duit.

Katanya, mengikut logik akal, kilang tidak akan sanggup mengeluarkan kos puluhan juta untuk membayar komisen semata-mata, sedangkan kilang rugi ketika beras tempatan tiada kenaikan harga dan masih kekal RM2.60 sekilogram.

“Dia perlu ada badan berwajiblah, mungkin daripada kementerian terbabit bukan kementerian pertanian sebab harga padi dia nak pergi sampai dua ribu kerajaan tidak boleh larang sebab dia boleh pergi tinggi tetapi mungkin kata (tindakan boleh diambil) AMLA (Anti-Money Laundering) lah..AMLA ini bawah SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) mungkin mereka ini akan memastikan kenapa tawaran itu terlalu tinggi?

“Dan kita kata secara logik akal lah takkan kilang nak keluarkan sampai 70 hingga 80 juta untuk komisen semata-mata sedangkan kilang rugi dan beras tempatan tiada kenaikan harga masih kekal RM2.60 sekilogram melainkan beras import diapung.

“Kenapa kilang sanggup membeli padi yang tinggi tapi dalam masa sama mengeluh menanggung kerugian sekiranya beras tidak naik harga sebab kerajaan tidak benarkan naik harga… Itu sebab saya kata tadi kemungkinan ada orang tengah ataupun kartel yang sanggup membayar komisen ini, kilang nak padi sahajalah,” katanya.

Termizi berharap kementerian membuat penguatkuasaan secara berterusan dalam menangani sebarang isu membabitkan industri padi dan beras supaya ia dapat kembali harmoni dari segi pembelian padi, jualan beras dan harga beras.

Ini berikutan, beras adalah makanan ruji bagi lebih 33 juta penduduk di Malaysia.

Sebelum ini, tinjauan The Merdeka Times di Sekinchan mendapati antara punca beras Super Special Tempatan (SST) susut di pasaran adalah disebabkan pengilang didakwa mencampurkan beras tempatan dengan beras import.

Selain itu, pesawah juga tidak dapat membekalkan padi mencukupi kepada pengilang kerana berdepan kemerosotan tuaian, selain pengeluaran padi di kawasan itu dijadikan padi benih dan keadaan tanah tidak subur, faktor cuaca serta penggunaan teknologi ketinggalan berbanding negara pengeluar padi lain. 

Tinjauan turut dibuat di kedai runcit dan pasar raya di ibu negara di mana majoriti daripada mereka mengalami kekurangan dan kehabisan stok bekalan beras SST sejak tiga hingga enam bulan lalu. — The Merdeka Times

Authors

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *