Connect with us

Antarabangsa

Tentera Ukraine terpaksa makan makanan anjing dalam perang

Seorang tentera Ukraine kehilangan sebelah tangannya dan terpaksa memakan makanan anjing untuk bertahan di medan pertempuran antara Russia dan Ukraine pada Mei tahun lalu. 

Aida Norfazira

Published

on

Tentera Ukraine terpaksa makan makanan anjing dalam perang
Foto: Gosha (kiri) dirawat oleh Dr. Michelle Intintoli (kanan).
  • Seorang tentera Ukraine kehilangan sebelah tangannya dan terpaksa memakan makanan anjing untuk bertahan di medan pertempuran antara Russia dan Ukraine pada Mei tahun lalu. 
  • Tentera Ukraine dikenali sebagai Gosha tercedera di bahagian tangan kirinya dalam pertempuran di kilang pembinaan keluli Azovstal di bandar Mariupol di wilayah timur Ukraine. 
  • Gosha menyatakan Vasian dan anjing peliharaannya, seekor Pit Bull Terrier berkongsi makanan anjing untuk bertahan hidup. Itu sahaja makanan yang mereka temui sepanjang berada di kilang tersebut. Mereka juga memasak makanan anjing itu sebelum dimakan.
  • Gosha menceritakan segala trauma dan pendedahan mengenai realiti perang yang dihadapinya, namun dia masih mengimpikan untuk kembali ke medan peperangan jika diberi peluang.
  • Dianggarkan sekurang-kurangnya 25,000 rakyat Ukraine kehilangan anggota badan disebabkan peperangan antara Russia dan Ukraine sejak tahun lalu.

Seorang tentera Ukraine kehilangan sebelah tangannya dan terpaksa memakan makanan anjing untuk bertahan di medan pertempuran antara Russia dan Ukraine pada Mei tahun lalu. 

Tentera Ukraine dikenali sebagai Gosha tercedera di bahagian tangan kirinya dalam pertempuran di kilang pembinaan keluli Azovstal di bandar Mariupol di wilayah timur Ukraine. 

Tindakan pantas rakan seperjuangan Gosha, Vasian yang memberi amaran dengan menjerit “incoming” ketika insiden itu memastikan peluru berpandu Russia, tidak meletup di mukanya.

Gosha menyatakan Vasian dan anjing peliharaannya, seekor Pit Bull Terrier berkongsi makanan anjing untuk bertahan hidup. 

Foto: Gambar adalah hiasan.

Itu sahaja makanan yang mereka temui sepanjang berada di kilang tersebut. Mereka juga memasak makanan anjing itu sebelum dimakan. 

“Rasanya tidak terlalu teruk,” kata tentera Ukraine itu yang kini memakai tangan prostetik (tangan palsu).

Gosha menceritakan segala trauma dan pendedahan mengenai realiti perang yang dihadapinya, namun dia masih mengimpikan untuk kembali ke medan peperangan jika diberi peluang.

“Saya mahu berjuang, jika boleh sebagai komander senjata dalam artileri,” katanya ditemubual Sky News.

Advertisement

Dianggarkan sekurang-kurangnya 25,000 rakyat Ukraine kehilangan anggota badan disebabkan peperangan antara Russia dan Ukraine sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, bilangan sebenar tentera yang cedera dan menjadi cacat dalam peperangan di wilayah Eropah itu tidak dapat dipastikan, tetapi dianggarkan mungkin lebih tinggi. 

Sumber: Sky News

Author

Antarabangsa

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam

Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
  • Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
  • Pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
  • “Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
  • “Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.

Dalam serangan bertali arus yang dilancarkan Israel dilihat cubaan untuk mengusir penduduk dari utara wilayah itu ke selatan.

Sementara itu, Hamas mengecam United Kingdom (UK) kerana merancang untuk melancarkan pengawasan melalui udara ke atas Semenanjung Gaza dengan menggelarkan negara itu sebagai rakan dalam perang Israel.

Memetik laporan media Arab, UK yang menjalankan penerbangan pengawasan ke atas Gaza didakwa mahu membantu mengesan tawanan Israel, kata Hamas menerusi satu kenyataan.

Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan bahawa tenteranya melakukan penerbangan pengawasan ke atas Gaza.

Dalam pada itu, pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.

Advertisement

“Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.

“Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

Tentera Israel turut mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Younis.

Selain itu, rejim Zionis juga menyiarkan peta yang menunjukkan tempat perlindungan yang perlu dituju oleh rakyat Palestin dari Khan Younis sehingga ke selatan iaitu di Rafah bersempadan dengan Mesir.

Ramai penduduk Gaza mendakwa kawasan yang mereka dipaksa untuk pergi turut diserang. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending