Connect with us

Terkini

SPRM bentang resolusi cegah rasuah, ketirisan hasil negara untuk pertimbangan kerajaan 

Persidangan Penyelidikan Governans, Intergriti dan Antirasuah anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan 10 resolusi yang dibentangkan dalam mesyuarat itu untuk diteliti dan dipertimbangkan oleh kerajaan.

Wartawan TMT

Published

on

SPRM bentang resolusi cegah rasuah, ketirisan hasil negara untuk pertimbangan kerajaan 
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Persidangan Penyelidikan Governans, Intergriti dan Antirasuah anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan 10 resolusi yang dibentangkan dalam mesyuarat itu untuk diteliti dan dipertimbangkan oleh kerajaan.
  • Pada persidangan itu, 10 kumpulan penyelidik daripada pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta membentangkan hasil kajian selama enam bulan.
  • Persidangan ini merangkumi sektor penguatkuasaan, pembangunan luar bandar, alam sekitar, berkecuali dan kesaksamaan dalam pentadbiran awam, perolehan awam, pengangkutan, pihak berkuasa tempatan (PBT), SOE, sukan dan sektor tidak formal.

SEPANG: Persidangan Penyelidikan Governans, Intergriti dan Antirasuah anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan 10 resolusi yang dibentangkan dalam mesyuarat itu untuk diteliti dan dipertimbangkan oleh kerajaan.

Pengerusi persidangan yang juga Pengarah Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN), Datuk Abd Aziz Aban, berkata usul pertama yang dikemukakan adalah kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengguna pakai ‘Instrumen Index Scoring’ yang dibangunkan dalam mengukur tahap berkecuali dan kesaksamaan (neutrality and impartiality) dalam kalangan penjawat awam.

Katanya, resolusi kedua adalah memperkukuh dan menyelaraskan kawalan sempadan di semua pintu masuk negara bagi mengelakkan sebarang ancaman dan ketirisan hasil negara.

“Resolusi ketiga adalah merealisasikan penggubalan Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan dalam mengawal selia urusan perolehan bagi mengelakkan ketirisan dan memastikan kebertanggungjawaban semua pihak.

“Keempat, meminda Akta Kerja 1955 (Akta 265) untuk merangkumi keperluan mengawal selia sektor tidak formal; dan mewujudkan entiti khusus yang mengawal selia sektor tidak formal.

“Kelima ialah memastikan tata kelola baik di entiti yang mempunyai kepentingan kerajaan dengan mewujudkan suatu definisi yang jelas berhubung Syarikat Milik Kerajaan-(SOE) dan mewujudkan perundangan khas bagi mengawalselia entiti berkepentingan milik kerajaan,” katanya ketika ditemui BH, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abd Aziz berkata, resolusi keenam adalah mempertingkatkan pendidikan dan hebahan kepada masyarakat awam berhubung tatacara dan peraturan penguatkuasaan agensi-agensi pengangkutan.

Advertisement

Katanya, resolusi ketujuh ialah mewujudkan perundangan yang mewajibkan pelaksanaan Environmental Impact Assessment (EIA) dengan hukuman berat ke atas ketidakpatuhan; dan mengukuhkan perundangan sedia ada bagi mengenakan hukuman berat ke atas sebarang perlakuan yang mengakibatkan kemusnahan alam sekitar.

“Kelapan, menangani isu campur tangan oleh pihak politik dalam projek pembangunan sektor luar bandar dan pemberian bantuan kepada golongan sasar.

“Resolusi kesembilan, memperluas dan mempercepatkan pelaksanaan pertukaran pegawai antara pihak berkuasa tempatan; dan membuat pindaan terhadap Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) untuk memasukkan peruntukan yang mengawal negotiating development contributions di dalam Pelan Kebenaran Merancang.

“Terakhir ialah meminda Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) khususnya berkaitan kesalahan rasuah, pelanggaran integriti serta tata kelola dan kebertanggungjawaban membabitkan ekosistem pembangunan sukan dalam negara,” katanya.

Pada persidangan itu, 10 kumpulan penyelidik daripada pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta membentangkan hasil kajian selama enam bulan, merangkumi sektor penguatkuasaan, pembangunan luar bandar, alam sekitar, berkecuali dan kesaksamaan dalam pentadbiran awam, perolehan awam, pengangkutan, pihak berkuasa tempatan (PBT),SOE, sukan dan sektor tidak formal.

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending