Connect with us

Antarabangsa

Siasatan lakukan serangan seksual Till Lindemann digugurkan

Pihak berkuasa Jerman pada Selasa menggugurkan siasatan serangan seksual terhadap penyanyi Rammstein, Till Lindemann.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Siasatan lakukan serangan seksual Till Lindemann digugurkan
Foto: Rammstein, Till Lindemann.
  • Pihak berkuasa Jerman pada Selasa menggugurkan siasatan serangan seksual terhadap penyanyi Rammstein, Till Lindemann.
  • Pejabat Pendakwa Raya Berlin dalam kenyataannya berkata siasatan itu tidak menunjukkan sebarang bukti salah laku, termasuk mengenai dakwaan Lindemann menggunakan dadah untuk melemahkan perempuan itu.
  • Terdahulu pada Mei, peminat dari Ireland Utara, Shelby Lynn mendakwa dia dijemput ke parti persendirian dengan Lindemann semasa konsert band Rammstein di Vilnius, Lithuania. 
  • Wanita berusia 24 tahun itu mendakwa dia merasa dirinya diberikan dadah selepas minum minuman di sana dan diajak untuk melakukan hubungan seks.   
  • “Saya ingin menjelaskan sekali lagi, Till tidak menyentuh saya. Dia akur saya tidak mahu menerima ajakannya. Saya tidak pernah mendakwa dia merogol saya,” kata wanita itu di platform X.

Pihak berkuasa Jerman pada Selasa menggugurkan siasatan serangan seksual terhadap penyanyi Rammstein, Till Lindemann.

Siasatan itu sebelum ini dilancarkan selepas beberapa wanita mendakwa Lindemann melakukan serangan seksual terhadap mereka di parti persendirian. 

Pejabat Pendakwa Raya Berlin dalam kenyataannya berkata siasatan itu tidak menunjukkan sebarang bukti salah laku, termasuk mengenai dakwaan Lindemann menggunakan dadah untuk melemahkan perempuan itu. 

Pihak berkuasa berkata siasatan yang sama ke atas bekas ahli pengurusan Rammstein, Alena Makeeva, yang dikatakan mengatur parti Lindemann, turut ditamatkan.

Mengulas keputusan itu, pasukan undang-undang artis rock itu berkata tiada bukti menunjukkan Lindemann melakukan kesalahan seksual. 

Peguam Lindemann mengumumkan rancangan pada Jun lalu untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap wanita di sebalik tuntutan mahkamah itu.

Terdahulu pada Mei, peminat dari Ireland Utara, Shelby Lynn mendakwa dia dijemput ke parti persendirian dengan Lindemann semasa konsert band Rammstein di Vilnius, Lithuania. 

Wanita berusia 24 tahun itu mendakwa dia merasa dirinya diberikan dadah selepas minum minuman di sana dan diajak untuk melakukan hubungan seks. 

Menurut wanita muda itu, Lindemann bertindak secara agresif selepas dia menolak ajakannya. 

Lynn kemudiannya mengakui bahawa ujian air kencingnya tidak menunjukkan kesan dadah. 

“Saya ingin menjelaskan sekali lagi, Till tidak menyentuh saya. Dia akur saya tidak mahu menerima ajakannya. Saya tidak pernah mendakwa dia merogol saya,” kata wanita itu di platform X. 

Beberapa wanita lain kemudian tampil dengan tuntutan yang sama terhadap penyanyi rock itu. 

Sumber: RT News 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *