Terkini
Segera edarkan stok bekalan beras, jika betul mencukupi – Ariffin
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dicabar segera mengedarkan stok bekalan beras negara bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.
- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dicabar segera edarkan stok bekalan beras negara bagi bantu kurangkan kos sara hidup rakyat.
- Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ariffin Deraman berkata, sekiranya benar kenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu negara mempunyai stok bekalan bagi menampung keperluan beras dalam tempoh empat hingga lima bulan, ia perlu dibuktikan.
- “Jika betul stok bekalan beras negara ada, ke mana hilangnya beras, Mohamad diminta membuktikan dan (stok beras itu perlu) edarkan kepada rakyat,” katanya kepada media di Pasar Kedai Payang, di sini, semalam.
- Di Dewan Rakyat semalam, Mohamad dilaporkan berkata, stok bekalan beras adalah 900,000 tan metrik yang terdiri daripada 250,000 tan metrik simpanan stok kerajaan dan 650,000 tan metrik stok dagangan yang mencukupi untuk menampung keperluan beras negara bagi tempoh empat hingga lima bulan.
- Ariffin berkata, kehidupan rakyat semakin terbeban, terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tinggi membeli beras berikutan bekalan beras tempatan terputus sejak lebih sebulan lalu.
Kuala Terengganu: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dicabar segera mengedarkan stok bekalan beras negara bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ariffin Deraman berkata, sekiranya benar kenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu bahawa negara mempunyai stok bekalan bagi menampung keperluan beras dalam tempoh empat hingga lima bulan, ia perlu dibuktikan.
“Jika betul stok bekalan beras mencukupi untuk menampung keperluan beras negara bagi tempoh empat hingga lima bulan akan datang, buktikan dan edarkan serta dijual pada harga murah.
“Jika betul stok bekalan beras negara ada, ke mana hilangnya beras, Mohamad diminta membuktikan dan (stok beras itu perlu) edarkan kepada rakyat,” katanya kepada media di Pasar Kedai Payang, di sini, semalam.
Di Dewan Rakyat semalam, Mohamad dilaporkan berkata, stok bekalan beras adalah 900,000 tan metrik yang terdiri daripada 250,000 tan metrik simpanan stok kerajaan dan 650,000 tan metrik stok dagangan yang mencukupi untuk menampung keperluan beras negara bagi tempoh empat hingga lima bulan.
Mengulas lanjut, Ariffin berkata, kehidupan rakyat semakin terbeban berikutan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tinggi untuk membeli beras berikutan bekalan beras tempatan terputus sejak lebih sebulan lalu.
“Kita hairan dan keliru, Mohamad diminta tunjukkan bukti (ada stok bekalan beras)…jangan hanya mengeluarkan kenyataan menyedapkan hati rakyat, segera edarkan beras dan menjualnya dengan harga murah jika betul bekalan mencukupi,” katanya.
Sumber: Harian Metro