Connect with us

Antarabangsa

Protes ideologi jantina, Ibu bapa di Mexico bakar buku teks ‘virus komunisme’

Kumpulan Kristian di Mexico turun ke jalanan minggu lalu sebagai protes terhadap jabatan pendidikan dengan ada dalam kalangan mereka bertindak membakar buku teks yang dipercayai bercampur indoktrinasi “Marxis-komunis” dan ideologi jantina.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Protes ideologi jantina, Ibu bapa di Mexico bakar buku teks ‘virus komunisme’
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan Kristian di Mexico turun ke jalanan minggu lalu sebagai protes terhadap jabatan pendidikan dengan ada dalam kalangan mereka bertindak membakar buku teks dipercayai bercampur indoktrinasi “Marxis-komunis” dan ideologi jantina.
  • Ibu bapa di Mexico daripada pertubuhan Kristian juga turun ke jalanan menyertai ribuan menentang buku teks baharu daripada Kementerian Pendidikan Awam yang mempunyai kandungan ideologi seksual dan jantina. 
  • Kira-kira 12,000 orang hadir dalam bantahan jalanan antaranya di Aguascalientes, iaitu salah satu daripada 32 negeri dalam Entiti Persekutuan Mexico.
  • New York Post melaporkan ibu bapa juga membakar buku itu di Chiapas, sebuah negeri di selatan Mexico bersempadan dengan Guatemala. 
  • Lebih 112,000 tandatangan dikumpulkan dalam petisyen yang menuntut pengedaran buku teks itu dihentikan kerana kandungan ideologi seksual dan jantina dimasukkan  tanpa perundingan ibu bapa.

Kumpulan Kristian di Mexico turun ke jalanan minggu lalu sebagai protes terhadap jabatan pendidikan dengan ada dalam kalangan mereka bertindak membakar buku teks yang dipercayai bercampur indoktrinasi “Marxis-komunis” dan ideologi jantina.

Ibu bapa di Mexico daripada pertubuhan Kristian juga turun ke jalanan menyertai ribuan menentang buku teks baharu daripada Kementerian Pendidikan Awam yang mempunyai kandungan ideologi seksual dan jantina. 

Antara tangkap layar protes yang dibuat oleh ibu bapa dengan cara membakar buku teks ‘virus komunisme’.

Kira-kira 12,000 orang hadir dalam bantahan jalanan antaranya di Aguascalientes, iaitu salah satu daripada 32 negeri dalam Entiti Persekutuan Mexico.

New York Post melaporkan ibu bapa juga membakar buku itu di Chiapas, sebuah negeri di selatan Mexico bersempadan dengan Guatemala. 

Ramai daripada penduduk di bandar itu adalah penganut Kristian Evangelical.

“Di sekolah rendah di Chiapas, ibu bapa dalam komuniti menimbunkan kotak buku teks baharu, menyiramnya dengan minyak dan membakarnya,” lapor media tempatan. 

Buku teks dari jabatan pendidikan Mexico itu telah menggerakkan ibu bapa ke dalam aktivisme.

Lebih 112,000 tandatangan dikumpulkan dalam petisyen yang menuntut pengedaran buku teks itu dihentikan kerana kandungan ideologi seksual dan jantina dimasukkan  tanpa perundingan ibu bapa.

Presiden Mexico, Lopez Obrador mendakwa ibu bapa dimaklumkan secara salah dan dimanipulasi agenda politik kerana mereka percaya bahawa “virus komunisme” dimasukkan ke dalam buku teks baharu yang percuma.

“Mereka ada hak untuk berdemonstrasi. Kita bebas,” katanya. 

Presiden Mexico itu juga mengakui buku teks terbabit boleh diperbaiki tetapi mengekalkan kemarahan itu disebabkan oleh “berpolitik.”

Beliau juga menafikan dakwaan buku-buku itu diselitkan dengan indoktrinasi ideologi jantina dan menyatakan, “ia telah disediakan oleh guru dan pakar.”

Sumber: Ny Post 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *