Connect with us

Antarabangsa

Peta baharu Arab Saudi kekalkan wilayah haram Israel sebagai Palestin

Peta kerajaan haram Israel masih dirujuk sebagai ‘Palestin’ dalam kemas kini peta rasmi Kerajaan Arab Saudi dan sempadannya yang diterbitkan minggu lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Peta baharu Arab Saudi kekalkan wilayah haram Israel sebagai Palestin
Foto: Setiausaha Negara AS, Anthony Blinken.
  • Peta kerajaan haram Israel masih dirujuk sebagai ‘Palestin’ dalam kemas kini peta rasmi Kerajaan Arab Saudi dan sempadannya yang diterbitkan minggu lalu.
  • Perkara itu berlaku biarpun Amerika Syarikat (AS) meneruskan rundingan normalisasi antara Israel dan Arab Saudi, baru-baru ini.
  • Pihak Berkuasa Am Tinjauan dan Maklumat Geospatial Arab Saudi menerbitkan peta itu dengan arahan supaya ia digunakan secara eksklusif oleh media kerajaan itu.
  • Peta itu juga digambarkan sebagai “rujukan negara yang boleh dipercayai untuk penggunaan umum dan bertujuan digunakan untuk perancangan strategik, lokasi ciri khas dan identifikasi.”
  • Meskipun berlaku peningkatan laporan mengenai normalisasi yang bakal termeterai di antara Arab Saudi dan Israel, Kerajaan Arab Saudi memaklumkan kepada AS bahawa penyelesaian isu berkaitan Palestin adalah kritikal untuk tercapainya perjanjian usaha normalisasi.

Peta kerajaan haram Israel masih dirujuk sebagai ‘Palestin’ dalam kemas kini peta rasmi Kerajaan Arab Saudi dan sempadannya yang diterbitkan minggu lalu.

Perkara itu berlaku biarpun Amerika Syarikat (AS) meneruskan rundingan normalisasi antara Israel dan Arab Saudi, baru-baru ini.

Pihak Berkuasa Am Tinjauan dan Maklumat Geospatial Arab Saudi menerbitkan peta itu dengan arahan supaya ia digunakan secara eksklusif oleh media kerajaan itu.

Peta itu juga digambarkan sebagai “rujukan negara yang boleh dipercayai untuk penggunaan umum dan bertujuan digunakan untuk perancangan strategik, lokasi ciri khas dan identifikasi.” 

Meskipun berlaku peningkatan laporan mengenai normalisasi yang bakal termeterai di antara Arab Saudi dan Israel, Kerajaan Arab Saudi memaklumkan kepada AS bahawa penyelesaian isu berkaitan Palestin adalah kritikal untuk tercapainya perjanjian usaha normalisasi.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Setiausaha Negara AS, Anthony Blinken; “Ia jelas, bahawa apa yang kita dengar daripada Saudi seandainya proses ini diteruskan, bahagian (hak) Palestin juga sesuatu yang penting.

“Dalam pertimbangan kami perkara ini membabitkan solusi dua-negara” berkaitan konflik Israel-Palestin, katanya dalam temubual Pod Save The World.

Sumber: Jerusalem Post

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *